ARTIKEL

Kongsi keindahan Islam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

WALAUPUN Aidilfitri melabuhkan tirainya, namun matlamat Pertubuhan Ikram Sarawak dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation Kuching (HCFK) merai sunah untuk bersilaturahim dengan mengadakan rumah terbuka.  

Baru-baru ini, Majlis Ramahtamah Aidilfitri yang diadakan di Hotel Serapi Kuching menghimpunkan rakan daripada dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk saling kenal dan mengeratkan silaturahim. 

Pengerusi Hidayah Centre Foundation Kuching, Fahthurrahman Othman berkata, selain mengeratkan silaturahim, majlis tersebut berkongsi visi dan misi mempromosi keindahan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

“Jadikan sifat rahmah, belas kasihan dalam diri kita supaya tidak berasa kekok antara satu sama lain kerana kita berada di Sarawak yang mempunyai kelebihan berbanding negeri lain.

“Sarawak memiliki keunikan kepelbagaian bangsa berkongsi mesej Islam sebenar.

“Kami mengalu-alukan tetamu yang datang mengetahui tentang Hidayah Centre.

Jika menyumbang pun boleh dalam bentuk wang atau perkhidmatan.

“Sumbangan dalam usaha dakwah dan mengajar saudara baharu kita, jadi kita sama-sama dapat pahala,” katanya.

PANDUAN CARA HIDUP

Sementara itu, Yang Dipertua Ikram Negeri Sarawak Satria Arjuna Julaihi berkata, fokus utama Ikram ialah meluaskan kebajikan, dakwah dan tarbiah dengan hasrat membina negara rahmah dengan meletakkan Islam sebagai panduan dan cara hidup. 

“ Setakat ini, terdapat lima cawangan Ikram di Sarawak iaitu di Kuching, Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri.

 “Ikram dan HCFK berkembang di seluruh Sarawak dan memberi tumpuan kepada pembangunan serta memperkasa saudara baharu di Sarawak,” katanya. 

Ujarnya, di bawah Ikram juga terdapat sekolah al-Amin, Sekolah Menengah al-Amin di Matang Jaya, Samariang dan Kota Samarahan, Sibu, Miri dan Bintulu. 

Baitulrahmah di Kuching pula dibina untuk anak-anak mualaf yang diuruskan oleh Abdul Rahman Hassan.

PROGRAM KEBAJIKAN

Manakala, Yayasan Ikram pula menggerakkan program kebajikan dalam program i-bantu, sebelum ini melaksanakan pemberian cermin mata percuma ke sekolah serta pemberian bantuan jika terdapat musibah. 

Jelasnya terdapat juga Mycare atau Humanitarian Care yang mengetengahkan isu dalam kalangan umat Islam sejagat. Turut hadir ialah Pengarah Open University Malaysia Sarawak (OUM) Hamimah Kipli, Leftenan Kolonal Mohd Sukri Yahya – PS 2 Agama Kagat, Wakil Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali Syed Zahir Wan Yusof, Wakil Hospital Umum Sarawak Sarid Din dan Penasihat Hidayah Centre Foundation Sarawak, Nasyitah Ting Ngiik Kiew.

LAIN-LAIN BERITA

Lebih empat dekad kembara putera

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah. Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

Awas kemalangan air

MUSIM cuti sekolah ini lazimnya digunakan untuk beriadah ke tempat menarik. Bagi penggemar keindahan alam semula jadi, hutan dan pantai pasti menjadi pilihan. Kalau di

Cerminan budaya karya Jaya Ramba

JAYA RAMBA bukan sahaja menulis dalam bahasa Melayu tetapi juga menulis dalam bahasa ibundanya iaitu bahasa Iban. Genre yang sangat diminatnya ialah novel dan cerpen.

BERITA TERBARU

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Mutang aruh iya dichiri mangku pengawa

LIMBANG: Pengawa nyiri ex-Kaban Parlimen Bukit Mas, Datuk Mutang Tagal nyadi Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 endang meri besai pengandal. Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar