ARTIKEL

Kongsi peninggalan menarik Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Menerusi siri dokumentari Reviving Relics terbitan TV Sarawak (TVS) dengan kerjasama Ensera Creatives berkongsi budaya serta peninggalan tempatan yang terdapat di Sarawak.

Menurut Pengarahnya, Sydney Augustine, dokumentari ini berkongsi kisah pengamal terakhir atau guru dalam pembuatan kraf dalam mendedahkan kepentingan, mitologi dan proses pembuatan kraf yang hampir lenyap dalam suatu komuniti.

“Dengan renungan mendalam, tukang kraf ini berkongsi pemikiran peribadi.

“Siri ini mengungkap hakikat perjuangan mereka untuk terus mengekalkan tradisi unik di tengah-tengah fenomena pengikisan budaya,” ujarnya pada sidang media selepas tayangan perdana dokumentari Reviving Relics di Haus, Kuching pada petang Jumaat.

Dalam pada itu, Reviving Relics mempunyai enam episod yang memaparkan pelbagai harta budaya berbeza.

Antara episod yang dipaparkan ialah Tikar Bergerang, Duku Ilang, Sa’ong, Jatung Utang, Urup Iban Dunging dan Pangiah Tembaga.

Jangan lupa saksikan dokumentari ini pada setiap Jumaat, jam 7.30 malam bermula 26 April ini hanya di TVS MYTV, Astro dan Unifi TV.

BERITA LAIN

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Randy Pangalila tetap aktif berlakon

PELAKON Indonesia, Randy Pangalila tetap menjalankan penggambaran seperti biasa walaupun sibuk dengan latihan tinju. Memetik media antarabangsa, Randy atau Randy Dionisius Pangalila, 34, dikatakan mula

Fatin Afeefa undur diri

»FATIN AFEEFA lama tidak memunculkan diri dalam dunia hiburan ternyata nekad untuk mengundurkan diri kerana mentaati permintaan suaminya, Aliff Awang. Memetik media tempatan, Fatin mengambil

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri