Kongsikan rakaman video, bantu pihak berkuasa pantau pematuhan SOP

KUCHING: Orang ramai diminta untuk melaporkan sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 kepada pihak berkuasa melalui talian 016-2391111.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, talian tersebut dipantau oleh kementeriannya bagi membolehkan orang ramai bertindak sebagai mata dan telinga pihak berkuasa.

“Masyarakat boleh membantu pihak berkuasa dan melaporkan pelanggaran SOP atau ketidakpatuhan. Mereka dapat mengambil video atau gambar dan menghantarnya melalui WhatsApp kepada talian ini,” katanya semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengingatkan orang ramai untuk memantau daftar lokasi yang pernah dilawati kes positif dengan teliti bagi kemungkinan pendedahan terhadap kes tersebut.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 25 Apr 2021

Suara Sarawak