Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Konsep hotel pintar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Hotel Kuching Park telah dinaik taraf dan kini dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang akan menawarkan pelbagai pengalaman menarik kepada pelanggan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, inovasi yang dilakukan oleh hotel tersebut merupakan langkah yang baik dan perlu dipuji kerana Malaysia juga memberi penekanan kepada Pelancongan Pintar.

Katanya, beliau gembira melihat Hotel Kuching Park telah menerapkan langkah di dalam mewujudkan inisiatif digital dan pintar serta mungkin mendahului yang lain.

“Justeru, inisiatif sebegini juga penting di dalam memastikan industri pelancongan yang berdaya tahan dan mampan serta bersedia menghadapi cabaran termasuk sebarang krisis pada masa akan datang.

“Kita mesti mampu menghadapi sebarang kesusahan termasuk wabak yang digeruni jika faktor-faktor pengurangan dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya ketika berucap sempena perasmian Kuching Park HotelFirst Smart Digital Hotel semalam.

Sementara itu, Pengurus Besar Hotel Kuching Park Mason Tang memaklumkan bahawa, hotel mereka merupakan salah sebuah hotel berskala sederhana di bandar ini sekali gus telah melakukan perubahan besar melibatkan pengoperasian dengan teknologi terkini.

Menurutnya, konsep hotel pintar yang diperkenalkan berasaskan teknologi bersepadu dengan matlamat untuk memberikan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada tetamu.

Jelasnya, beberapa hotel di seluruh dunia telah mula melaksanakan konsep hotel pintar, termasuk di Amerika Syarikat, Jerman, Taiwan dan juga Singapura.

“Dengan pengumuman Rangka Tindakan Ekonomi Digital Sarawak oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tahun lalu kami percaya negeri kita kini sudah bersedia untuk menerima konsep hotel pintar,” tegasnya Menjelas lanjut mengenai konsep tersebut, Tang memberitahu selepas tiga dekad beroperasi mereka membuat pembaharuan jenama dan melakukan perubahan besar di banyak kawasan hotel tersebut.

“Ia termasuk mengecat semula bahagian luar hotel dengan warna yang lebih cerah dan kelihatan segar.

”Bilik-bilik juga telah diperbaharui dan dipertingkatkan dengan ciri-ciri teknologi terkini, lobi serta restoran juga mempunyai peningkatan mereka sendiri.

Kerja pengubahsuaian siap hujung tahun lalu.

“Kini, antara kemudahan baharu yang ditawarkan adalah kiosk daftar masuk dan keluar sendiri pintar; kemasukan tanpa kunci; robot perkhidmatan bilik; pembantu maya diaktifkan suar; dan kawalan berpusat fungsi bilik dengan telefon pintar,” jelasnya.

Bagi memberi peluang kepada pengunjung dalam dan luar negara merasai pengalaman tentang ciri pintar terkini di Hotel Kuching Park, pihak pengurusan menawarkan promosi ‘Discover Kuching Park’ dengan kadar istimewa bermula serendah RM100 sahaja termasuk sarapan pagi untuk seorang semasa membuat tempahan melalui Aplikasi ‘Hello World Rewards’.

Promosi itu juga menawarkan bilik pada harga RM115 sahaja termasuk sarapan pagi untuk seorang apabila tempahan dibuat melalui laman web hotel di www. kuchingparkhotel.com.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru