ARTIKEL

Konsep Malaysia MADANI makin dekat dengan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TUMPAT: Konsep Malaysia MADANI makin mendapat sambutan positif dan difahami masyarakat, kata Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Program Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Cik Kazidi Mohd Zainuddin.

Beliaua berkata ia berikutan langkah sebaran maklumat berhubung konsep itu terus diperhebatkan melalui kerjasama strategik J-KOM dengan agensi kerajaan lain ke seluruh negara termasuk ke kawasan penempatan Orang Asli.

“J-KOM sudah menganjurkan lebih 90 program bersemuka berkonsepkan Malaysia MADANI bermula Februari hingga Ogos tahun ini dalam usaha memberi kefahaman kepada orang ramai.

“Dari segi pemerhatian semasa kita dapati kefahaman dan penerimaan masyarakat makin meningkat terutama sebaran menerusi media sosial,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian program Mesra MADANI@Tumpat di Sekolah Kebangsaan (SK) Chenderong Batu, di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan terdapat beberapa cabaran tertentu yang masih perlu ditangani terutama untuk memastikan kefahaman dalam kalangan akar umbi.

Sehubungan itu Cik Kazidi berkata J-KOM terus turun ke lapangan bersama-sama rakan strategiknya termasuk Jabatan Penerangan (JaPen), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk pastikan sebaran maklumat lebih menyeluruh.

Baca lain  Lebih ramai pelajar Malaysia dihantar keluar negara untuk dalami TVET

Beliau berkata J-KOM sebagai jabatan baharu turut berdepan dengan cabaran platform media sosial yang disalah guna sama ada oleh pempengaruh atau pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat tidak benar.

“Dulu akses adalah media cetak dan elektronik tapi sekarang yang lebih pantas adalah media sosial dan di dalamnya ramai pempengaruh serta berita tak benar yang Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sendiri sentiasa berjuang melawan berita tidak sahih,” katanya.

Dalam perkembangan lain Cik Kazidi memaklumkan J-KOM kini sedang mengadakan penyelidikan berhubungan kefahaman rakyat mengenai konsep Malaysia Madani yang dijangka akan disiapkan September ini.

Menurutnya kajian tersebut akan diguna pakai bagi memperkasakan usaha penyebaran maklumat berhubung konsep Malaysia Madani kepada masyarakat.

– BERNAMA

BERITA LAIN

Masyarakat perlu berani lapor kes dera

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu berani untuk tampil melaporkan sebarang kes penderaan terutamanya di kawasan kejiranan mereka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri

28,531 calon cemerlang UPKK

PUTRAJAYA: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperoleh A dalam semua lapan mata

BERITA TERBARU

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi