ARTIKEL

Konsep Muqarabah julang nama Sarawak di persada dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Konsep muqarabah menjadi asas penting dalam pembinaan masyarakat yang sejahtera sejajar dengan kepesatan pembangunan Sarawak hari ini kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, muqarabah bermakna ‘mindfulness’ atau kesedaran ke atas persekitaran yang menjurus ke arah khidmat atau memberikan perkhidmatan terbaik agar memberi impak positif ke atas kehidupan masyarakat tanpa mengira latar belakang mahupun agama.

Malah katanya, konsep itu menjadi asas dan tanggungjawab masyarakat Islam untuk membantu sesama sendiri termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

“Inilah konsep yang kita bawa, sebab itu kita tubuhkan Unit Hal Ehwal Agama Lain (Unifor), bukan sahaja kita membantu masyarakat Islam beribadah dengan sempurna, tetapi juga kepada agama lain supaya mereka juga bertanggungjawab ke atas kemakmuran ,” katanya ketika menyempurnakan majlis perasmian Masjid al-Muttaqin di sini, hari ini.

Al-Muttaqin dibina pada 1983 mampu menempatkan kira-kira 1,000 jemaah namun selepas dinaik taraf, masjid itu kini berwajah moden dan berupaya menampung sehingga 2,500 jemaah pada satu-satu masa.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

BERITA TERBARU

Sarawak ngerikod PNGK 2.69 ba peresa STPM 2023

KUCHING: Pemutus peresa Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 Sarawak ngerikod ‘Purata Nilai Gred Keseluruhan’ (PNGK) 2.69. Pemutus nya kusut ari taun 2022, iya nya

Nizar Najib nafi cuba jatuhkan Kerajaan Pahang

KUANTAN, Pahang: Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib, hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau cuba menjatuhkan Kerajaan Pahang