Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Konsep pembelajaran mesti relevan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Tan Sri Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA: Perubahan yang berlaku akibat pandemik Covid-19 jelas membuktikan konsep pembelajaran tidak harus terperangkap antara ‘four walls of a room’, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, konsep pembelajaran yang baik mesti relevan pada setiap masa dan setiap tempat. Dalam suasana norma baharu, ujar Perdana Menteri lagi, penyampaian perkhidmatan secara maya sudah mula meluas khususnya dalam kalangan warga pendidik.

“Hari ini, pelantar pembelajaran digital mendominasi kaedah pembelajaran sebagai sokongan pembelajaran sedia ada yang dijalankan dalam bilik darjah.

“Sejak 15 Jun 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan platform baharu pembelajaran digital untuk guru, pendidik dan murid, iaitu ‘Digital Educational Learning Initiative Malaysia’ atau Delima.

“Platform ini merupakan salah satu peluang untuk para guru berusaha memperkasa diri dalam membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara digital.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Mei 2021

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News