ARTIKEL

Konsert ANIMASI pertama Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARAWAK terkenal dengan persembahan seni budaya dan industri kreatifnya dengan menampilkan pelbagai persembahan etnik.

Malah, ia menjadi salah satu produk pelancongan di Bumi Kenyalang yang sering mendapat perhatian di mata dunia.

Baru-baru ini, The Band Lab menganjurkan konsert simfoni animasi iaitu An Anime Symphony pertama di Borneo.

An Anime Symphony merupakan konsert simfoni sulung menampilkan 55 pemain muzik muda dari dalam dan luar negara yang mempersembahkan lagu siri animasi terkenal.

Pendekatannya cukup berbeza dengan mementaskan konsep animasi pertama di Borneo dan seumpamannya.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan berkata, Kerajaan Sarawak komited dalam usahanya membantu dan menyokong inisiatif pemerkasaan golongan belia menerusi landskap kebudayaan dan persembahan.

Menurutnya, ia penting dalam memberi galakan serta mewujudkan impak positif bagi pendedahan kumpulan sasar ini kepada pengurusan acara.

“Menjadi kepentingan untuk menggalak golongan belia memimpin dalam penganjuran acara sekali gus meletakkan Kuching di peta dunia.

“Kreativiti dan dinamik menjadi pemacu utama golongan belia membentuk landskap budaya.

Kita mesti memperkasa mereka (belia) untuk terus menerajui inisiatif yang mempamerkan warisan kita,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Politik Premier Sarawak, Susan Clement Ingun ketika mewakili beliau pada Konsert An Anime Symphony di Sekolah Antarabangsa Lodge di Kuching pada Sabtu malam.

Beliau berharap penampilan sulung konsert itu terus berkembang dan menjadi pencetus inspirasi kepada generasi muda di Sarawak dalam menganjurkan konsert yang unik.

Selain itu, ia menjadi salah satu produk pelancongan baharu di Borneo khususnya Sarawak bagi menarik peminat animasi di negeri ini.

Sebelum ini, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan turut memberi jaminan untuk sentiasa menyokong usaha mana-mana pihak yang ingin mengembangkan industri persembahan terutama melibatkan golongan muda.

Menterinya, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia sekali gus mempromosikan Sarawak sebagai destinasi seni budaya serta menggalak industri kreatif yang tidak hanya bersifat tempatan sebaliknya mengangkatnya ke peringkat antarabangsa.

“Kerajaan menggalakkan semua penganjur acara seperti ini berjumpa dengan kementerian jika memerlukan bantuan dari segi dana kerana saya ingin melihat seni persembahan semakin berkembang di Sarawak.

“Sebelum ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pernah memegang portfolio dalam kementerian ini dan beliau mengetahui keperluan yang diperlukan dalam industri seni serta industri pelancongan,” katanya.

Sebagai usaha mempromosikan indutri kreatif dan seni persembahan, Abdul Karim berkata, pihaknya bekerjasama dengan pelbagai pemain industri termasuk pusat kebudayaan dan institusi pengajian tinggi.

Katanya ia bagi meningkatkan kesedaran dan memupuk semangat menghargai industri kesenian yang diusahakan anak watan Bumi Kenyalang.

“Dengan adanya pusat seni persembahan kelak, kita memastikan ia sentiasa tampil dengan pelbagai persembahan, sebab itu kita bekerjasama dengan semua pihak termasuk sekolah seni, pusat kebudayaan dan sebagainya,” katanya.

Bercakap tentang penganjuran konsert Simfoni Anime Borneo, Abdul Karim berkata, persembahan orkestra itu mampu melakar sejarah apabila pertama kali menggabungkan kesenian muzik dan animasi dalam persembahan dengan menampilkan 55 pemain orkestra tempatan daripada Persatuan Wind Orchestra Kuching.

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Kongsi pengetahuan, pengalaman

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan, ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU