ARTIKEL

Konsert Chap Goh Mei 2023 berlangsung pada 4 Februari di MBKS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan menganjurkan Konsert MBKS Chap Goh Mei 2023 di Panggung MBKS, Jalan Padungan, esok.

Menurut kenyataan, tiada tempat duduk yang disediakan semasa konsert.

“Ini kerana jika berdiri, lebih ramai orang yang dapat menonton konsert ini.

“Sehubungan itu, terdapat kawasan berbumbung yang disediakan dan orang ramai boleh duduk di sekitar kawasan ini sekiranya hujan.

“Persembahan Tarian Singa turut dipersembahkan semasa konsert ini,” katanya.

Justeru, ini adalah peluang kepada semua orang untuk bergaul dan menonton konsert artis jemputan.

Lapan artis jemputan bakal membuat persembahan pada acara yang bermula jam 7.30 malam hingga 10.30 malam termasuk Angeline, Vic, Han Xiiao Aii, Mingren, Faye, Rom, Drew2, Joseph N serta DJ MyFM dan Addy.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan konsert ini kerana tiada sebarang bayaran masuk dikenakan.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU