ARTIKEL

Penyanyi kumpulan wanita Dolla, (dari kiri) Angel, Sabronzo dan Tabby, pada sidang media bagi pengumuman Konsert 'Dolla Re: Birth The Experience' di Planetarium Negara hari ini. - Foto: BERNAMA

Konsert ‘Dolla Re:Birth The Experience’ pada 3 Ogos

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Setelah lebih empat tahun mencipta nama, Kumpulan Dolla yang dianggotai oleh Tabby, Sabronzo dan Angel, mengumumkan mereka bakal mengadakan konsert pada 3 Ogos ini.

Dibawakan oleh Hitman Solutions, konsert ‘Dolla Re:Birth The Experience’ itu akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur bagi menampilkan sisi matang kumpulan wanita popular tersebut.

Angel berkata konsert sulungnya itu bakal menyaksikan era baharu Dolla dengan corak persembahan berbeza, selain menjanjikan kepuasan buat peminat yang hadir.

“Konsert Dolla ini seperti kelahiran semula (kumpulan) dan menonjolkan sisi matang kami.

“Kami telah mulakan persiapan, kini sedang menyediakan susunan lagu Dolla yang baharu dan segar untuk konsert itu.

“Sudah tentu persembahan yang tidak pernah dilihat oleh sesiapapun sebelum ini serta akan menjadi pengalaman penuh emosi dan istimewa untuk semua peminat Dolla,” katanya dalam sidang media konsert tersebut di Planetarium Negara di sini, baru-baru ini.

Tabby dan Sabronzo juga berharap dapat memberikan persembahan terbaik pada konsert itu selain memastikan penyampaian yang lebih segar.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions, Rohit Rampal, berkata konsert itu akan menjadi medan untuk membolehkan Dolla mempamerkan semua yang telah kumpulan itu pelajari sejak kemunculan mereka.

“Kami sentiasa bersemangat untuk menonjolkan bakat tempatan, kami mahu memberikan kumpulan kelahiran Malaysia ini kesempatan meraikan kejayaan mereka.

“Dolla telah bekerja keras selama ini, mereka berhak merealisasikan cita-cita besar mereka,” katanya.

Antara lagu-lagu popular kumpulan tersebut adalah ‘Damelo’, ‘Dolla Make You Wanna’, ‘Bad’ dan ‘Look At This’.

Tiket konsert itu boleh dibeli di laman sesawang www.hitmanlive.com mulai 30 Mei ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

Saingan satu lawan satu di PRK Sungai Bakap

NIBONG TEBAL: Seberang Perai, Pulau Pinang: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan

PM Anwar ucap selamat hari lahir kepada Jokowi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat hari lahir kepada Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali dengan nama Jokowi. Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut

BERITA TERBARU