ARTIKEL

Konsert Koplo Pentas Borneo 2024 rancak industri muzik Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

INDUSTRI HIBURAN SARAWAK dilihat semakin rancak dengan kehadiran selebriti terkenal antarabangsa yang mengadakan persembahan di Kuching.

Malah sambutan ke atas persembahan yang ditampilkan artis dan kumpulan muzik dari Indonesia terus mendapat perhatian peminat tempatan.

Ia secara tidak langsung melonjakkan sektor pelancongan hiburan di Sarawak dengan penglibatan serta kerjasama strategik penganjur untuk membawa masuk lebih ramai artis dari negara seberang itu ke Bumi Kenyalang.

Selepas kemunculan Charly Setia Band pada 16 Disember lalu yang menjayakan Konsert Bersama Exist, ia kemudian disusuli dengan persembahan mantap daripada kumpulan ST12, Dadali dan Nidji menjelang ambang tahun baharu 2024 di Kampung Budaya Sarawak pada 30 Disember.

Terdahulu ketika sambutan Hari Sarawak 2023 di Padang Merdeka yang dihadiri lebih 10,000 penonton digamatkan dengan penampilan istimewa kumpulan Ungu dengan lebih 10 buah lagu.

Ternyata sambutan peminat band Indonesia yang terkenal dengan ‘galau’ masih membara dalam di Sarawak. Dalam perkembangan terkini, Kuching sekali lagi menjadi lokasi persembahan artis Indonesia pada bulan depan.

Penyanyi dangdut sensasi Indonesia, Siti Badriah antara barisan artis di bawah naungan Nagaswara Music bakal menggegarkan Kuching dalam konsert Koplo Pentas Borneo 2024 pada 17 Februari 2024.

Ternyata kelainan yang ditampilkan penganjur, Pentas Borneo Sdn Bhd itu turut membawa masuk Kerispatih dan Luvia Band bagi menggamatkan suasana di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Pengurus Projek Mohd Shahren Shuib dalam sidang media di BCCK baru-baru ini berkata kali ini konsert yang diadakan menampilkan genre muzik kolo.

Menurutnya, genre itu jarang dipentaskan di negara ini sekali gus menjadikan Kuching, Sarawak sebagai pentas sulung muzik kolo atau gabungan dua genre koplo dan galau.

Dengan pemilihan artis tersebut, beliau yakin konsert itu akan mendapat sambutan menggalakkan dengan kemunculan Siti Badariah yang sebelum terkenal dengan lagu hit Lagi Syantik dan Mimi Sayang Pipi.

“Kami menyasarkan lebih 5,000 penonton hadir ke konsert ini nanti, dengan persembahan yang ditampilkan Siti Badariah, Kerispatih dengan beberapa siri lagu hitnya dan Kumpulan Luvia yang tidak asing lagi di Malaysia,” katanya.

Konsert Koplo Pentas Borneo 2024 dijangka berlangsung selama tiga jam, dan ia menjanjikan persembahan menarik daripada artis jemputan.

“Setiap artis dan kumpulan mempersembahkan lapan buah lagu masing-masing dan ini pasti memberi kepuasan kepada penonton,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Shahren, Luvia Band akan datang ke Kuching pada 13 atau 15 Februari depan seterusnya mengadakan sesi berjumpa peminat di Kuching.

Bagaimanapun jelasnya, masa dan tempat belum didedahkan dan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Jika sambutan menggalakkan, kami berusaha untuk menampilkan penyanyi muzik koplo, Vita Alvia semasa konsert nanti dan setakat ini ia masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusan di Indonesia,” jelasnya.

Bercakap soal tiket konsert, ia boleh didapati di wwe. ticket2u.com.my dan jualan secara fi zikal juga akan dilakukan semasa Konsert CATS FM di Pullman pada 13 Januari ini selain membuka gerai jualan tiket di Plaza Merdeka dalam masa terdekat.

Jenis tiket terbahagi kepada beberapa zon dan setiapnya menawarkan harga yang berbeza serendah RM88 bagi Zon Perak, manakala Zon Emas (RM99), Zon Koplo (RM120) dan Zon VIP dijual pada harga RM170.

Mengulas lanjut, ketika ini tiket Zon Perak laris terjual di mana setiap zon telah ditetapkan jumlah kapasitinya bagi memastikan tahap keselesaan penonton.

“Setiap zone akan dapat melihat dengan jelas persembahan artis-artis pada malam tersebut kerana kita telah meninggikan pentas untuk tatapan penonton di kesemua zon.

“Selain konsert, ia tidak hanya memberi tumpuan sebagai venue program namun BCCK juga membuka gerai makanan dan minuman semasa konsert berlangsung kelak,” katanya.

Ia secara tidak langsung akan memudahkan pengunjung untuk mendapatkan makanan dan minuman semasa menyaksikan konsert.

Hadir sama, Pengarah Pentas Borneo Sdn Bhd, Iswandi Mahmud; Ketua Pemasaran Pentas Borneo Sdn Bhd Casner dan Pengurus Pemasaran Pentas Borneo Sdn Bhd Affy Johary.

LAIN-LAIN BERITA

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

Persediaan Ramadan

BERTEMAKAN I am the best Muslim, anak-anak penduduk di Taman Sri Makmur mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Wanita Ikram Kuching, Sabtu lalu. Program ini merupakan

Cantik, serba boleh

Kemuncak acara menyaksikan Jesseca Long dari Singapura dinobatkan sebagai Miss Global Asian 2024 oleh Miss Global Asian 2023, Gliyam Cundangan dari Filipina. Manakala, Dyan Shane

Pesona Jelitawan Asia

SEBAGAI landasan memperkasa wanita Asia dari seluruh dunia, Tiara Management dan Leading Management komited menganjurkan pertandingan Ratu Cantik Global Asian di Hyatt Place Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil