ARTIKEL

Kumpulan remaja dari Hong Kong, Mirror, akan mengadakan konsert di Stadium Tertutup Singapura pada 1 Mei depan. - Foto: Makerville.Official/Instagram

Konsert Mirror dibatalkan di Malaysia, diteruskan di Singapura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KONSERT kumpulan remaja dari Hong Kong, Mirror, di Malaysia telah dibatalkan manakala pertunjukan mereka di Singapura akan diteruskan mengikut jadual.

Kumpulan 12 anggota itu memulakan jelajah ‘Mirror Feel The Passion Concert Tour 2024’ di Hong Kong pada January lalu.

Sejak itu mereka telah mengadakan persembahan di London dan Manchester di Britain pada Mac lepas, selain di San Francisco, Los Angeles dan New York di Amerika Syarikat, dan Toronto, Kanada pada bulan ini.

Mereka dijadual mengadakan jelajah konsert itu di Malaysia pada 28 April depan tetapi promoter konsert Unusual Entertainment mengumumkan dalam media sosial pada 18 April lepas bahawa konsert di Axiata Arena, Kuala Lumpur, telah dibatalkan kerana “keadaan yang tidak diduga”.

“Bagaimanapun konsert Mirror yang dijadualkan pada 1 Mei di Stadium Tertutup Singapura akan diadakan mengikut rancangan,” kata Unusual Entertainment.

Promoter yang menganjurkan konsert di Singapura dan Malaysia berkata wang akan dikembalikan sepenuhnya kepada pembeli tiket bagi konsert di Malaysia.

Mereka juga boleh memilih untuk menukar tiket mereka bagi konsert di Singapura.

Beberapa peminat yang merancang untuk menghadiri konsert di Malaysia menyuarakan kekejutan dan kekecewaan mereka dalam media sosial.

Agensi kumpulan Mirror, MakerVille turut menyatakan kekecewaannya dengan pembatalan itu menerusi ‘Instagram Stories’.

Kumpulan Mirror dianggotai Alton Wong, Anson Kong, Anson Lo, Edan Lui, Frankie Chan, Ian Chan, Jer Lau, Jeremy Lee, Keung To, Lokman Yeung, Stanley Yau dan Tiger Yau, dengan julat usia mereka daripada 24 hingga 35 tahun.

Kumpulan sensasi Catntopop itu ditubuhkan menerusi pertandingan bakat realiti terbitan ViuTV ‘Good Night Show – King Maker’ pada 2018, dan mengeluarkan lagu single pertama mereka ‘In A Second’ pada Ogos 2018.

Kumpulan itu baru-baru ini mengeluarkan lagu single terbaharu mereka ‘Day 0’ mereka dengan kerjasama bintang Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) Damian Lillard, yang menggunakan nama pentas Dame D.O.L.L.A. apabila dia menyanyikan lagu rap.

Ini adalah lagu Inggeris kedua kumpulan Mirror selepas lagu singler Inggeris pertama mereka ‘Rumours’ pada 2023.

Baru-baru ini 12 anggota kumpulan itu juga telah membintangi filem rompakan komedi Kantonis ‘We 12’ yang dikeluarkan di Hong Kong pada Mac lepas dan merupakan filem pertama yang memaparkan seluruh anggota kumpulan berkenaan.

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA