Lebih 30,000 pengunjung hadir ke Konsert Rakyat sempena sambutan Hari Sarawak Merdeka Ke-60 yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching pada Sabtu lalu.
Antara artis tanah air yang membuat persembahan penuh bertenaga termasuk kumpulan Dolla, Floor 88, Joe Flizzow, lagenda rock yang juga vokalis Wings, Datuk Awie serta kumpulan Indonesia, Ungu.
Konsert yang bermula dari jam 7 malam itu turut menampilkan artis tempatan seperti Masterpiece, Firdaus Materang, Bob Yunus, Elizabeth Paya, Ng Chien Chien, Ramles Walter dan Carrie Geres.
Padang Merdeka dibanjiri lautan manusia dari seluruh pelusuk negeri Sarawak menyemarakkan lagi semangat Hari Sarawak.
Kemuncak konsert disajikan dengan pertunjukkan bunga api dua kali pada jam 10 malam dan 12 malam sebagai petanda tamatnya acara besar yang telah dirancang sempena Hari Sarawak ke-60