ARTIKEL

Kontena ‘Roll On Roll Off’ disediakan, jaga kebersihan kawasan kejiranan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) menyediakan perkhidmatan kontena ‘Roll On Roll Off’ (RoRo) dalam usaha menjaga kebersihan dengan pembuangan sampah yang baik sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

MPP dalam kenyataannya menyebut, perkhidmatan tersebut akan disediakan bermula 26 Mac hingga 9 April depan.

“Justeru, MPP mengingatkan penduduk yang menyambut Aidilfitri untuk memastikan kebersihan kawasan kejiranan dijaga, di samping membuang sisa-sisa besar ke dalam kontena RoRo yang disediakan di sembilan lokasi,” katanya hari ini.

Kontena tersebut akan diletakkan di sembilan lokasi berbeza seperti di Taman Malihah (belakang H&L Malihah), RPR Batu Kawa (tempat parkir Shoplot Lorong 28 RPR Batu Kawa), Taman Matang Jaya (belakang Matang Mall), Kampung/Taman Landeh (kawasan komersial/lot kedai Landeh) dan Desa Wira / Kuching City Mall (tempat parkir Shoplot Lorong Kuching City Mall 1A).

Lokasi lain ialah Taman Flora Indah (pusat tong sampah), Taman Sri Cahaya, Tondong Batu Kawa, Kpg Telaga Air (sebelah pusat tong sampah) dan Flat Taman Harmoni Matang.

BERITA LAIN

Lelaki ditemui mati di Kampung Tunku

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di Kampung Tunku, Jalan Astana, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, polis menerima laporan

Percepat naik taraf klinik kesihatan, sekolah daif

KUCHING: Perbincangan antara Kerajaan Sarawak dengan Putrajaya berkaitan isu pendidikan dan kesihatan di Sarawak belum lagi selesai dan muktamad, namun beberapa perkara sudah diselesaikan. Premier

LEMANG WARISAN

Reduan Ahmad mengambil masa 48 jam, dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk membakar lebih 4,000 batang lemang pesanan pelanggan tetapnya. Resipi penghasilan lemang

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36