ARTIKEL

Kontinjen PDRM Sarawak raih tempat ketiga Mr Police 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GAMBAR: CEMERLANG…(Dari kanan ke kiri) L/Kpl Al Badrul, Joseph Ladi , L/Kpl Muhd Faizal & L/Kpl Mohd Firdaus bersama DSP Mathew Manggie (tengah) merakam gambar bersama piala dimenangi pentas kejohanan Mr Police 2023

KUCHING: Pasukan bina badan Polis Sarawak melakar sejarah selepas berjaya merangkul tempat ketiga dalam kejohanan Bina Badan ‘Mr Police 2023’.

Berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabah bermula Khamis hingga 11 Februari, wakil PDRM Kontinjen Sarawak mencipta kejutan dengan membawa balik empat pingat emas dan dua gangsa bagi kategori yang disertai masing-masing.

Dua pingat emas pertama dirangkul Lans Koperal Mohd Faizal dalam kategori Fizik Atletik Terbuka PDRM bawah 170 cm dan kategori Atletik Fizik Tertutup PDRM bawah 170cm.

Dua lagi pingat emas disumbang oleh Joseph Ladi masing-masing dalam kategori bina badan Terbuka bawah 70 kg dan kategori tertutup PDRM (65kg).

Manakala pingat gangsa diperolehi oleh Muhd Firdaus dan Al Badrul masing-masing dalam kategori Tertutup PDRM fizik atletik  bawah 170 cm dan atas 170 cm.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, kejayaan ini merupakan lakaran membanggakan buat kontinjen Sarawak memandangkan pasukan ini pertama kali menyertai kejohanan berprestij terbabit.

Justeru tegasnya, pasukan ini akan dikekalkan bagi menghadapi beberapa siri pertandingan di peringkat negeri Sarawak iaitu Mr Malaysia 2023.

Tambahnya, ia juga sebagai persiapan bagi pemilihan atlet bina badan PDRM menjelang kejohanan Police Fire Games 2023 di samping mencungkil bakat-bakat baharu untuk persediaan kejohanan sama tahun hadapan.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit