ARTIKEL

Datuk Wee Hong Seng berucap pada taklimat penyelengaraan jalan dan pembersihan longkang di MBKS.

Kontraktor dilantik MBKS harus ikut standard yang ditetapkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kontraktor yang dilantik untuk kerja penyelengaraan jalan dan pembersihan parit di kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) harus mengikuti standard yang telah ditetapkan.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, kontraktor seharusnya memahami kontrak yang ditandatangani dengan mengetahui keadaan di tapak kerja dan tidak boleh memberi alasan mengenai arahan yang diberikan.

Katanya, mereka seharusnya mengetahui spesifikasi kerja seperti panjang rumput, kerja-kerja merumput, pembersihan di lorong belakang, mengeluarkan tanah di longkang dan pembentungan, pembersihan longkang dan sebagainya.

“Taklimat hari ini bertujuan untuk memberi anda gambaran menyeluruh tentang skop kerja yang terlibat dalam kontrak penyelenggaraan dan pembersihan parit MBKS.

“Adalah penting untuk semua pemegang lesen atau wakil kontraktor yang diberi kuasa untuk hadir kerana penyertaan aktif dan kerjasama anda adalah penting untuk menjayakan pelaksanaan tugas-tugas ini,” katanya berucap pada taklimat penyelengaraan jalan dan pembersihan longkang di MBKS, di sini hari ini.

Hong Seng berkata, penyelenggaraan tepi jalan juga adalah penting kerana ia meningkat daya tarikan bandar.

Baca lain  Buka puasa di hotel, restoran dibenarkan dengan makanan hidang, pesanan menu

Tambahnya, ia juga mencegah pertumbuhan rumpai dan serangga perosak, meningkatan peredaean udaran dan penyerapan cahaya matahari ke tanah, menggalakkan pertumbuhan rumput lebih sebagai lapisan pelindungan semula jadi dan mewujudkan persekitaran lebih selamat.

“Di samping itu, sistem perparitan yang baik juga boleh mengurangkan risiko banjir, mewujudkan keadaan sihat dan meningkatkan permandangan estetik bandar ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kontraktor untuk menjalankan tugas dengan integriti tinggi dan kod etika yang baik untuk meminimumkan ketidakpatuhan.

Manakala tegasnya, mereka yang gagal memenuhi jangkaan akan ditamatkan kontrak.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang

Restoran Chef Arnold dikritik

CEF selebriti Indonesia, Chef Arnold, 35, mengakui kesal apabila restorannya dikecam oleh pengulas makanan, Codeblu. Menurutnya, pempengaruh TikTok itu mengunjungi restorannya baru-baru ini. Chef Arnold

Alternatif interpretasi karya sastera

MUZIK dan sastera merupakan dua aliran cabang seni yang sekian lama wujud dalam peradaban manusia. Muzik sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang