ARTIKEL

Wakil NGO yang menyokong NCA di Sabah.

Kontroversi perjanjian karbon sekat sumber pendapatan baharu bagi Sabah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA KINABALU, Sabah: Kontroversi yang dicetuskan oleh Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi (NCA) Sabah menjadi penghalang besar kepada kerajaan negeri ini untuk meraih pendapatan menerusi jualan kredit karbon daripada rizab hutannya seluas dua juta hektar, kata seorang penyokong NCA, Mohd Anuar Abdul Ghani.

Menurutnya, kontroversi itu menimbulkan keraguan dalam kalangan banyak pihak antarabangsa yang berminat dengan perjanjian tersebut selain hakikat bahawa Jabatan Perhutanan Sabah juga lambat menyediakan data yang diperlukan untuk memenuhi pelbagai syarat teknikal.

Anuar berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja di sesi mengenai “The Asia Foundation: Towards a Community-based Green Economy in Sabah” di Konvensyen Undang-undang Hutan Hujan Borneo selama tiga hari yang dianjurkan oleh Persatuan Peguam Komanwel dan Persatuan Undang-undang Sabah yang bermula pada 26 Februari lepas.

Anuar, yang merupakan setiausaha politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, yang mengetuai Jawatankuasa Pemandu, Pengurusan dan Pelaksanaan (SMIC) NCA, berkata beliau bersetuju dengan pandangan Kitingan.

Menurut Anuar lagi, kontroversi itu, termasuk kenyataan Peguam Besar Negeri Sabah bahawa NCA lemah dari sudut undang-undang, menjejaskan usaha kerajaan negeri untuk meraih pendapatan daripada dagangan kredit karbon.

Baca lain  Lelaki maut terkena renjatan elektrik di dalam Lurang Pulau Indah

Anuar mendakwa, peguam undang-undang kerajaan negeri tidak merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri kerana NCA diluluskan oleh Kabinet Kerajaan Negeri.

Beliau memberitahu delegasi bahawa NCA yang ditandatangani pada Oktober 2022 oleh Chief Conservator of Forest, Datuk Frederick Kugan, dan Hoch Standard dari Singapura bukan jual atau cagar hutan di Sabah.

Ia tidak membenarkan syarikat itu untuk menebang kayu atau melmbong di kawasan yang ditetapkan seluas 2 juta ekar.

NCA semata-mata untuk mengukur dan ‘monetise’ antara lain Modal Alam Semula Jadi (Nature Capital) dan karbon yang disimpan dalam hutan Sabah, selama 100 tahun, kata Anuar.

Di bawah perjanjian itu, 70 peratus dipegang oleh kerajaan negeri, 25 peratus oleh Hocha Standard (kemudian diambil alih oleh syarikat pesisir pantai Lions Gate) dan lima peratus dipegang Yayasan Sabah milik kerajaan negeri yang merupakan pemegang konsesi kayu terbesar di Sabah.

Pegangan Yayasan Sabah adalah untuk melatih 3,000 hingga 5,000 renjer hutan bagi membantu dalam pelaksanaan asas NCA.

Baca lain  COVID-19: Malaysia kembali catat sifar kes penularan tempatan - KP Kesihatan

Menurut Anuar lagi, mereka akan diperkenalkan kepada teknologi moden seperti satelit, dron, AI, blockchain, machine learning dan IT baharu yang akan membawa Sabah ke dalam dunia IT.

Lebih 45 persatuan dan kumpulan orang asal tempatan menyokong ‘NCA Free Prior Informed Consent
(FPIC) seperti yang diwajibkan.

Menurutnya, kawasan NCA tidak semestinya Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA) tetapi “kawasan ditetapkan” (designated areas) yang akan ditentukan oleh Jabatan Perhutanan Sabah.

Dua bekas ketua hakim negara, Tun Raus Sharif dan Tun Richard Malanjum, sebelum ini berpendapat bahawa NCA adalah dibenarkan oleh undang-undang, sah dan boleh dilaksanakan.

Anuar berkata pendapatan yang diperoleh daripada penjualan kredit karbon dapat disimpan di bawah tabung amanah dan digunakan untuk menghapuskan kemiskinan di Sabah.

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang