ARTIKEL

Konvensyen Khas PBB Zon Betong gariskan dua agenda utama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SPAOH: Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Betong yang akan diadakan pada 8 Oktober depan menggariskan dua agenda utama.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pertama tentang pelan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 Kerajaan Sarawak 2030 yang mana penting semua ahli mengetahui mengetahui dan memahami sepenuhnya dasar dan program di bawah strategi tersebut agar mereka boleh terlibat sama.

“Strategi ini akan membawa Sarawak, termasuk Bahagian Betong ke arah pembangunan, kemajuan dan kemakmuran yang lebih pantas menjelang 2030.

“Kedua, pembentangan beberapa resolusi, yang mana akan diputuskan jumlahnya tidak lama lagi.

“Salah satunya agar ahli Parti PBB kekal kuat dan sentiasa bersatu dalam memberi sokongan penuh kepada Presiden Parti PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg termasuk kepimpinan parti

“Kita juga mahu Parti PBB kekal kukuh, relevan dan terus menjadi tulang belakang pentadbiran Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti PBB berkata demikian kepada media selepas Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Mendit Unsu di Penom dekat sini, hari ini.

Pada konvensyen sama jelasnya, platform mengenang pencapaian Sarawak sejak mencapai kemerdekaan 60 tahun lalu.

Menurut ADUN Bukit Saban itu, persediaan sedang giat diadakan di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan dan pengisian program serta aktiviti akan dimuktamadkan pada Selasa depan.

Kata Uggah, kira-kira 1,400 perwakilan mewakili 14 cawangan Parti PBB di zon Betong terlibat dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menyempurnakan perasmian.

Konvensyen Khas Parti PBB kali ini yang kedua selepas di Kuching pada Sabtu.

Uggah terdahulu mengadakan sesi dialog dengan pemilik Jubilee Occupation Tickets (JOT) dari beberapa rumah panjang di Ulu Paku dan Lempaong Anyut.

JOT telah dikeluarkan pada 1953 oleh kerajaan kolonial British kepada pekebun getah di bahagian yang membolehkan mereka menanam dan menjual getah.

Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu, Setiausaha Politik kepada Premier Roseline Mapong, Pegawai Daerah Betong Alfred Geling Ason, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Betong Moris Nayup dan Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya (JKR) Jason Ng turut hadir sama.

DOUGLAS UGGAH menyampaikan ucapan pada majlis tersebut

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

Bantu pusat jagaan warga emas

KUCHING: Syarikat besar di Sarawak diseru untuk membantu pusat jagaan warga emas seperti Lions Nursing Home terutama sekali dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu