ARTIKEL

BERCAKAP… Abang Johari menjawab soalan daripada pemberita. | JAPEN

Konvensyen PBB: Dasar ekonomi baharu antara fokus utama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dasar ekonomi baharu antara tumpuan utama dalam Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sempena 60 tahun Sarawak Merdeka tahun ini.

Premier merangkap Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, konvensyen bertemakan “PBB Teras Kestabilan, Kemajuan dan Kemakmuran Sarawak” itu akan diadakan pada 23 September di Kuching diikuti 8 Oktober di Betong; 29 Oktober di Sibu dan 11 November di Miri.

Katanya, dasar ekonomi baharu akan dibincangkan bagi mendedahkan kepada ahli-ahli PBB mengenali dasar tersebut yang bergantung kepada tenaga boleh diperbaharui dan juga industri-industri baharu hasil pendekatan tenaga tersebut.

“Antaranya ialah mengenai perdagangan karbon dan ekonomi hidrogen,” kata Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Ibu Pejabat PBB di sini, semalam.

Mengulas lanjut Abang Johari berkata antara perkara lain adalah usaha yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak untuk memantapkan lagi alam sekitar menerusi ekonomi pekeliling.

Ujarnya, Kerajaan Sarawak akan terus memberi nilai dan menguruskan sisa-sisa buangan dan diubah kepada tenaga.

Untuk berita terperinci, sila dapatkan e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU