Trending

Konvensyen PBB platform mengetahui hala tuju Kerajaan Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
TINJAUAN… Fadillah melakukan tinjauan persiapan terakhir Konvensyen PBB di Pusat Konvensyen Hikmah Exchange.

KUCHING: Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka tahun ini merupakan landasan untuk ahli-ahli parti mengetahui perancangan serta hala tuju Kerajaan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Yang di-Pertua Kanan PBB, Datuk Sri Fadillah Yusof berkata, konvensyen khas ini juga bagi menunjukkan komitmen ahli-ahli parti menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

TINJAUAN… Fadillah melakukan tinjauan persiapan terakhir Konvensyen PBB di Pusat Konvensyen Hikmah Exchange.

“Ahli parti mesti mengetahui dasar dan program kerajaan supaya mereka boleh menjelaskan perjuangan parti serta peluang-peluang diwujudkan kepada peringkat akar umbi apabila balik ke kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan persiapan terakhir Konvensyen Khas PBB Zon Kuching yang akan berlangsung esok hari di, Pusat Konvensyen Hikmah Exchange, Jalan Haji Taha di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata lebih 1,400 ahli-ahli Parti PBB dari 26 cawangan Zon Kuching bakal menghadiri Konvensyen Khas Parti PBB esok hari.

Katanya, ahli-ahli parti akan diberi penerangan mengenai Ekonomi Baharu dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang dirangka Premier Sarawak merangkap Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ini penting supaya ahli-ahli parti mengetahui apakah perancangan di peringkat negeri dalam kita mendepani dan membangunkan negeri Sarawak setelah berlaku Covid-19,” katanya.

Sementara itu kata Fadillah, konvensyen turut diadakan di Zon Betong pada 8 Oktober depan, Sibu (29 Oktober) dan Bintulu (11 November) manakala konvensyen khas itu bakal dirasmikan oleh Premier Sarawak.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru