ARTIKEL

Konvoi Kembara 56 hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KERAJAAN Sarawak mengadakan Konvoi Kembara sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka – menjelajah ke seluruh bahagian di negeri ini.

Kembara sejauh 3,516 kilometer ini mengambil masa 56 hari dari Bahagian Limbang hingga Bahagian Kuching.

Bermula 28 Mei dan dijangka tiba di destinasi terakhir pada 22 Julai depan, kembara ini mendapat perhatian dan sambutan ramai.

Pada 13 Jun lalu, peserta konvoi kembara ini tiba di Mukah dari bahagian Bintulu.

Ketibaan mereka disambut meriah dengan pelbagai tarian tradisional masyarakat yang ada di Sarawak.

Difahamkan Mukah merupakan bahagian keempat yang menerima kehadiran Konvoi Induk Kembara Sarawak bersama-sama konvoi Bahagian Bintulu.

Memandangkan Mukah kaya dengan makanan tradisional, peserta disajikan dengan makanan seperti umai, linut dan sebagainya yang jarang ditemui di tempat lain.

Komitmen dan kesungguhan semua peserta konvoi antara yang perlu dibanggakan dan dihargai oleh semua rakyat Sarawak.

Ini kerana, demi menyemai patriotik dalam diri, mereka sanggup menjelajah ke seluruh bahagian di Sarawak.

Baca lain  Fokus pembangunan INFRASTUKTUR

Istimewanya, mereka mendapat pengalaman berharga dan tidak semua yang berpeluang untuk merasainya.

Pada masa yang sama, mereka dapat mempelajari adat, budaya dan tradisi masyarat di sesuatu bahagian.

Di samping itu, pameran digital yang diadakan sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka juga antara usaha kerajaan untuk menunjukkan kepada rakyat Sarawak berkaitan pembangunan yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan di negeri ini.

Ia sekali gus mendedahkan kepada semua rakyat Sarawak soal perkara yang berlaku di dalam negeri ini.

Ia juga mengingatkan kepada kita kemerdekaan 60 tahun ini bukan perkara mudah dan banyak halangan serta rintangan perlu dihadapi.

Bukan itu sahaja, kita dapat melihat perbezaan pada zaman dulu dan sekarang terutama dari segi pembangunan di sesebuah bahagian.

Seiring dengan hasrat Sarawak yang ingin menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030, ia dapat dicapai dengan kerjasama semua rakyat terutama dalam mengekalkan perpaduan.

Untuk memastikan kita sentiasa berada dalam keadaan aman damai, elemen memecah belah perpaduan harus dielak.

Baca lain  Keluar kumpulan WhatsApp secara senyap

Kita mesti mengelakkan ia meracuni dan masuk dalam fikiran kita.

Sudah tentu perpaduan antara faktor kita dapat meraikan kemerdekaan Sarawak ke-60 tahun kali ini.

Sehubungan itu, walaupun masih ada beberapa kawasan yang belum mempunyai akses Internet atau jalan raya, tetapi saya yakin pihak kerajaan sentiasa berusaha memastikan rakyatnya hidup dalam keadaan yang selesa.

Oleh itu, sebagai rakyat Sarawak khususnya, kita perlu sentiasa memberi sokongan kepada pihak kerajaan selagi mereka membantu rakyat dalam menjalani kehidupan seharian.

Bukan itu sahaja, pemimpin pada peringkat akar umbi juga memainkan peranan yang penting terutama dalam memberi maklumat kepada penduduk kampung supaya mereka mendapat maklumat yang tepat dan sahih.

Pada era teknologi ini, semuanya berada di hujung jari, tetapi kita juga perlu memastikan perkara yang kita kongsikan tepat dan sahih bagi mengelak penyebaran berita palsu.

Jadi, sempena sambutan Sarawak Merdeka 60 tahun ini, diharapkan semua dapat menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan maklumat tepat dan sahih bagi menyemarakkan rasa cinta terhadap negeri kita ini.

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,