ARTIKEL

Konvoi Kembara 60 Tahun Sarawak Merdeka mula menjelajah Bahagian Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Konvoi Kembara 60 Tahun Sarawak Merdeka yang memulakan perjalanan pada 28 Mei lalu dari Lawas kini meneruskan jelajah di Bahagian Kuching, hari ini.

Residen Bahagian Kuching Fathi Hambali berkata, konvoi yang telah melalui satu perjalanan panjang merentasi seluruh bahagian di Sarawak dan sudah pasti pelbagai pengalaman telah dilalui oleh peserta demi menyemarakkan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka pada tahun ini.

“Mulai hari ini, kami di Bahagian Kuching pula akan meneruskan perjalanan konvoi kembara untuk menjelajah sehingga ke 0.0 kilometer (km) Telok Melano, Daerah Bau dan juga di pusat bandar raya Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ketibaan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dari Bahagian Samarahan di La Promenade Mall, di sini, hari ini.

Konvoi yang disertai oleh kelab motosikal berkuasa tinggi; kelab kereta tempatan serta agensi kerajaan negeri dan persekutuan itu tiba di pekarangan pusat beli-belah tersebut sekitar jam 12.10 tengah hari.

Kehadiran mereka itu juga disambut oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan beliau sekali gus menyempurnakan pelepasan konvoi tersebut ke Bahagian Kuching untuk ke Wisma Bapa Malaysia; Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu; Jambatan Baitulmakmur (Masja).

Baca lain  Pemain industri kreatif dinasihatkan dapatkan pembiayaan daripada kementerian

Hadir sama Timbalan Menteri Belia Sukan & Pembangunan Usahawan merangkap “Chef de Mission” Konvoi Kembara Sarawak Merdeka Datuk Gerald Rentap Jabu; Residen Bahagian Samarahan Mohamad Irwan Bahari Bujang; Pengurus Pemasaran Digital dan Komunikasi Korporat mewakili Pengarah Hock Seng Lee (HSL) Sophia Ong; serta wakil yang lain.

BENDERA… Irwan (kanan) menyerahkan bendera simbolik Konvoi Kembara 60 Tahun Sarawak Merdeka dari Bahagian Samarahan kepada Fathi (kiri).
Antara motosikal berkuasa tinggi yang menyertai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh