
TATAU: Bagi menyemarakkan sambutan Hari Sarawak Ke-59, Kelab Rekreasi Anap menganjurkan konvoi mengelilingi pekan Tatau
sehingga ke Wong Adai, Jalan Sangan Merit, semalam.
Pengerusinya, Tuai Rumah Gilbert Ngadi berkata sejumlah 40 kenderaan melibatkan 100 peserta menyertai konvoi tersebut.
“Konvoi tersebut antara lain bertujuan menyemarakkan lagi rasa cinta terhadap Bumi Kenyalang yang dicintai ini.
“Bersama-sama kita mempertahankan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama di negeri ini,” katanya.
Simbolik pelepasan peserta disempurnakan Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau, Long Jok.