SEKALUNG tahniah diucapkan kepada 64 graduan Ikmas yang terdiri daripada 55 graduan Diploma Dakwah Islamiyyah dan sembilan pelajar Sijil Pengajian Islam yang dirai dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak kali ke-19 di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Kuching.
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk graduan diikuti dengan Ahli Lembaga Ikmas dan seterusnya perarakan masuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar.
Seterusnya, Dr. Mohd Na’im Mokhtar menyempurnakan Majlis Penganugerahan Diploma Dakwah Islamiyah, Sijil Pengajian Islam serta penyampaian Anugerah Utama Ikmas.
Turut hadir, Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Ruslan Said, Mufti Sarawak, Datuk Kipli Yasin, Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan serta Ahli Lembaga Ikmas. Tahniah kepada graduan Ikmas.