ARTIKEL

Ketua Pengarah IKMa Datuk Mohamad Ali Mansor (tiga kiri) menyampaikan sijil penyertaan program Miricle anjuran IKMa kepada peserta.

Koperasi harus adaptasi teknologi dan digitalisasi dalam perniagaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Koperasi yang menjalankan perniagaan secara konvensional harus beralih dengan mengadaptasi teknologi dan digitalisasi dalam penawaran produk dan perkhidmatan mereka.

Ketua Pengarah Institusi Koperasi Malaysia (IKMa) Datuk Mohamad Ali Mansor berkata, koperasi hendaklah meningkatkan keupayaan sedia ada kepada perniagaan berasaskan teknologi serta memodenkan operasi dan pentadbiran melalui teknologi dan sistem digital.

Ketua Pengarah IKMa Datuk Mohamad Ali Mansor (tiga kiri) merakam gambar kenangan sempena program Program Turun Padang ke arah Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) Madani, Eastwood Valley Golf & Country Club Resort, di sini hari ini.

Justeru itu, katanya sebagai langkah permulaan adalah sangat penting kepada pengurusan koperasi mempunyai kesedaran dan pemahaman kepada dunia teknologi ini.
 
“Kita mengambil contoh Koperasi Felda Bukit Batu Kulaijaya Berhad yang berada di Johor. Mereka berjaya menjalankan mesyuarat agung tahunan secara hibrid dan mendapati kuorum kehadiran meningkat dari tahun sebelumnya.

“Ini kerana lebih ramai anggota yang berada jauh dari lokasi koperasi berpeluang menghadiri mesyuarat secara dalam talian,” katanya berucap pada Program Turun Padang ke arah Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) Madani, Eastwood Valley Golf & Country Club Resort, di sini hari ini.

Dalam urusan perniagaannya pula, Ali berkata, koperasi ini mampu menganalisa keuntungan dan memantau perjalanan dari mana-mana lokasi melalui sistem POS dan papan pemuka jualan koperasi juga boleh dipantau melalui telefon pintar.

Selain itu, katanya, koperasi ini juga telah membangunkan platform bayaran melalui pembayaran QR dan e-dompet Touch n Go.

“Ini adalah antara kaedah digitalisasi yang boleh digunakan dalam sistem pengurusan perniagaan supaya mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan seterusnya mengekalkan daya tahan perniagaan koperasi,” jelasnya.
 
 Justeru katanya, IKMa komited menyediakan beberapa program berasaskan teknologi dan digitalisasi yang dapat dimanfaatkan dalam segenap urusan dalam koperasi.

Beliau berkata, ia sebagai menyokong usaha supaya lebih banyak koperasi mengadaptasi penggunaan digital dalam sistem pentadbiran dan pengurusan perniagaan mereka.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)