ARTIKEL

Koperasi SMK Riam Miri juara YESS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Riam Miri Berhad berjaya muncul sebagai juara sempena Young Entrepreneurs Strive for Success (YESS) Peringkat Negeri Sarawak pada tahun ini, sekali gus mengatasi 10 sekolah yang lain.

Kemenangan tersebut melayakkan sekolah ini membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 berserta trofi dan sijil.

Selain itu, kehebatan pasukan ini turut dibuktikan dengan memenangi Persembahan Terbaik yang melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM1,000 dan menjadikan jumlah kemenangan mereka sebanyak RM4,000.

Tempat kedua pula dirangkul oleh Koperasi Kolej Vokasional (KV) Bintulu yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta trofi dan sijil, manakala SMK Taman Tunku di tempat ketiga berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta trofi dan sijil.

Sagu hati di tempat keempat dan kelima menjadi milik SMK Semerah Padi dan SM St Teresa yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM500 dan RM300 berserta trofi dan sijil.

Anugerah Gerai Terbaik pula dimenangi oleh Koperasi SMK Taman Tunku yang membawa pulang wang tunai RM500 dan Anugerah Pengurus Terbaik berjaya diraih Zulhakimi Abdullah dari SMK Serian, manakala anugerah khas iaitu Anugerah Guru Penasihat Terbaik dimenangi oleh Pui Chai Sing iaitu guru di SMK Bandar Kuching No.1.

Sejumlah 11 buah sekolah menyertai program ini antaranya ialah SMK Subis, SMK Bako Kuching, SMK Semerah Padi, SMK Riam, SMK Kubong Limbang, KV Bintulu, SMK Serian, SM St Teresa Kuching, SMK Taman Tunku, SMK Bandar Kuching No.1 dan SMK Bintulu.

YESS 2023 dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sarawak, Norazlan Anuar.

Ia diadakan dengan tujuan bagi memperkukuhkan peranan koperasi sekolah sebagai institusi pembudayaan keusahawanan khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.

LAIN-LAIN BERITA

Orchidmas sasar eksport orkid

KUCHING: Orchidmas International LLC, anak Syarikat Orchidmas Sdn Bhd yang berpangkalan di Putrajaya menyasarkan untuk mengeksport orkid Malaysia ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),

TNB guna kenderaan elektrik

KUALA LUMPUR: Syarikat tenaga terkemuka Malaysia, Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya

BERITA TERBARU

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,