ARTIKEL

Korea Selatan dilanda gelombang sejuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEOUL: Amaran gelombang sejuk dikeluarkan di Korea Selatan ketika suhu menjunam di bawah paras sifar di seluruh negara, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Yonhap pada Jumaat.

Suhu sekitar tujuh hingga 15 darjah Celcius direkodkan pada pagi Jumaat berbanding hari sebelumnya dan bacaan di bawah sifar direkodkan di seluruh negara, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA).

KMA mengeluarkan amaran gelombang sejuk di Seoul pada malam Khamis dan suhu terendah diramalkan kekal di bawah -12 darjah Celcius untuk sekurangkurangnya dua hari berturut-turut.

Nasihat itu turut dikeluarkan di wilayah Gyeonggi, sekitar Seoul, wilayah Gangwon dan wilayah tenggara, termasuk bandar pelabuhan Busan.

Cuaca sejuk dijangka berterusan hingga hujung minggu ini. Kementerian Dalam Negeri meningkatkan tahap amaran kepada berjaga-jaga. – Bernama-Xinhua

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

Protes ulang tahun pemberontakan anti-Marcos

MANILA: Beratus-ratus penunjuk perasaan Filipina berarak melalui Manila pada Ahad, menandakan ulang tahun kebangkitan yang menggulingkan Ferdinand Marcos, sambil berikrar untuk menghalang anaknya daripada mengulangi

BERITA TERBARU