ARTIKEL

Korea Selatan rekod lebih 30,000 bunuh diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEOUL: Kadar bunuh diri dalam kalangan generasi muda di Korea Selatan menyaksikan peningkatan, dengan seramai 39,453 golongan belia maut akibat membunuh diri, menurut data Kementerian Kesihatan dan Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Data menunjukkan bahawa jumlah itu meningkat berbanding 32,156 kematian akibat COVID-19 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama.

Secara keseluruhan, kadar bunuh diri menurun sedikit dalam tempoh lima tahun lalu iaitu 25.2 orang bagi setiap 100,000 pada 2022, tetapi kadar bunuh diri dalam kalangan remaja dan mereka yang berumur 20-an menunjukkan trend peningkatan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kadar bunuh diri dalam kalangan remaja meningkat daripada 5.8 setiap 100,000 individu pada 2018 kepada 7.2 pada 2022, manakala kadar bagi mereka yang berumur 20-an meningkat daripada 17.6 kepada 21.4 dalam tempoh yang sama.

Bilangan percubaan membunuh diri juga meningkat.

Tahun lepas, 36,754 orang menerima kecemasan di hospital selepas mencederakan diri sendiri atau cuba membunuh diri, peningkatan sebanyak 68 peratus daripada 21,875 pada 2012. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

Parti Megawati sedia jadi pembangkang

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Khamis lalu, memberi isyarat ia mengambil peranan sebagai parti pembangkang kepada kerajaan masa depan, ketika calon presiden Prabowo

Mesir tolak penempatan penduduk Palestin

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa,

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian