Trending

Korea Selatan sasar jalin hubungan ‘sihat’ dengan China penasihat keselamatan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SEOUL: Penasihat keselamatan Korea Selatan pada Jumaat berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan “sihat” dengan China yang menekankan amalan “saling menghormati” harus menjadi asas kepada hubungan dua hala tersebut.

Penasihat Keselamatan Negara Cho Tae-yong membuat kenyataan itu pada forum sehari selepas Duta Besar China ke Seoul Xing Haiming menyatakan rasa kurang senang dengan “diplomasi pro-AS” Korea Selatan semasa pertemuan dengan pemimpin parti pembangkang Lee Jae-myung, lapor Agensi Berita Yonhap.

Semasa pertemuan itu, Xing menyeru agar Seoul menyokong prinsip “Satu China” Beijing, dengan mendakwa bahawa hubungan China-Korea sejak kebelakangan ini berdepan “cabaran luar.”

“Hubungan antara negara harus berdasarkan rasa hormat antara satu sama lain,” kata Cho dalam ucaptama persidangan untuk menilai diplomasi tahun pertama dan dasar keselamatan pentadbiran Yoon Suk Yeol.

“Kami akan membentuk hubungan Korea Selatan-China yang sihat melalui diplomasi ‘yakin’ yang bersesuaian dengan peningkatan pengaruh Republik Korea dan jangkaan rakyat,” katanya.

Menurut Yonhap, Cho juga membayangkan kerajaan mungkin membantah kenyataan Xing melalui saluran diplomatiknya.

Ketika ditanya tentang apa yang beliau maksudkan dengan sikap saling menghormati, Cho memberitahu media bahawa kementerian luar akan “menjaga dengan baik” isu itu.

Sementara itu, Cho membidas pembangunan nuklear dan peluru berpandu Korea Utara sebagai ancaman keselamatan “paling segera” dan “substantif” yang turut membahayakan nyawa rakyat Korea Utara.

Pentadbiran konservatif Yoon mengambil sikap tegas dalam menangani pencabulan hak asasi manusia Pyongyang sejak mengambil alih kuasa pada Mei tahun lalu.

“Sementara rejim Korea Utara terbawa-bawa dengan pembangunan peluru berpandu dan nuklearnya, rakyatnya mengalami krisis ekonomi yang paling teruk dan pencabulan hak asasi manusia.

“Kos menghasilkan roket pembawa satelit Korea Utara  yang gagal semasa ujiannya bersamaan kos memberi makan rakyat negara itu selama 10 bulan,” kata Chol. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru