ARTIKEL

Korea Utara hantar delegasi ke Iran di tengah-tengah konflik Timur Tengah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEHERAN: Di tengah-tengah konflik Timur Tengah, Korea Utara sempat menghantar delegasi ke Iran.

KCNA pada Rabu melaporkan delegasi Korea Utara di bawah Menteri Perhubungan Ekonomi Luar, Yun Jong Ho berangkat ke Iran sejak Selasa.

Kali terakhir Korea Utara menghantar delegsi ke Iran pada 2019 berkaitan hubungan bilateral.

Profesor Ilmu Politik Park Won Gon dari Universiti Ewha Womans memberitahu This Week in Asia bahawa usaha tersebut sesuai dengan usaha Korea Utara menarik Iran ke dalam sekutu antiimperialis mendepani Amerika Syarikat.

South China Morning Post pada Khamis melaporkan kenyataan Won bahawa, kedua-dua negara di bawah sekatan antarabangsa, tetapi memiliki isu yang dapat dikongsi bersama.

Iran diketahui membekalkan minyak mentah kepada Korea Utara yang dikatakan diimbali dengan hal berkaitan ketenteraan oleh Pyongyang sejak 1973.

Sebelum ini, laporan Badan Intelijen AS pada 2019 pernah mengaitkan peluru berpandu balistik Iran Shahab-3 dikembangkan berdasarkan peluru berpandu jarak menengah, Rodong, milik Korea Utara.

Sejauh mana perjalanan Yun ke Teheran berkaitan usaha Pyongyang memperdalam hubungan tentera dengan Iran di tengah-tengah konflik Israel-Palestin dan Rusia-Ukraine seperti diragui oleh musuhnya?

Sebelum ini perisikan Korea Selatan memperingatkan bahawa kerjasama Iran-Korea Utara, berpeluang membantu ketenteraan Iran.

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

BERITA TERBARU