PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un memeriksa satelit pengintip tentera pertama negara itu dan memberi lampu hijau untuk pelan tindakan seterusnya, kata media kerajaan Pyongyang pada Rabu, sambil menambah bahawa satelit itu sedia untuk dimuatkan pada roket.
Kim membuat pemeriksaan di tapak Jawatankuasa Persediaan Pelancaran Satelit Tidak Tetap sehari lebih awal untuk menyemak status keseluruhan satelit pengintip dan meluluskan pelan tindakan masa depannya, menurut agensi berita Yonhap memetik media kerajaan, Agensi Berita Pusat Korea (KCNA). – Bernama