CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Korporat, NGO digalakkan terlibat projek pengindahan bandar raya Kuching

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merakam gambar kenangan pada sidang media selepas Majlis Menandatangani MoU antara DBKU dan Unimas Holdings Sdn Bhd untuk membangunkan Taman Permainan Pendidikan Taman Heritage Petra Jaya, di Kuching, hari ini.
Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merakam gambar kenangan pada sidang media selepas Majlis Menandatangani MoU antara DBKU dan Unimas Holdings Sdn Bhd untuk membangunkan Taman Permainan Pendidikan Taman Heritage Petra Jaya, di Kuching, hari ini.

KUCHING: Lebih banyak pihak syarikat korporat, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) disarankan untuk mengambil bahagian dalam projek pengindahan bandar raya Kuching.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia termasuk menaik taraf serta mengindahkan kawasan tanah lapang serta bulatan jalan raya supaya lebih mesra penduduk.

“Dalam memastikan usaha kerajaan membangunkan lebih banyak kawasan pintar dan cantik, saya mengajak lebih ramai lagi badan korporat dan NGO untuk ambil bahagian membangunkan kawasan-kawasan lapang di seluruh bandar raya Kuching.

“Ia terutamanya kawasan lapang di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang boleh kita bangunkan dan indahkan bersama,” katanya.

Adun Pantai Damai itu berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) antara DBKU dan Unimas Holdings Sdn Bhd untuk membangunkan Taman Permainan Pendidikan Taman Heritage Petra Jaya, di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak berkaitan boleh terlibat untuk memnbangunkan kawasan lapang yang terletak berhampiran kediaman penduduk, berdekatan jalan-jalan raya utama dan merupakan tempat awam.

Baca lain  Hospital medan dengan kapasiti 86 katil diwujudkan di HUS

“Sebagai contoh adalah bulatan berhampiran Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah dan bulatan berdekatan Medan Hamidah, Jalan Bako.

“Ini merupakan projek yang DBKU masih menunggu sekiranya terdapat pihak NGO mahupun koporat berminat untuk membangunkan dan mengindahkannya demi manfaat kita bersama,” ujarnya.

Sementara mengulas mengenai MoU tersebut, katanya ia merupakan usaha sama keempat pihak DBKU bersama badan korporat dalam usaha mengindahkan taman serta kawasan di bawah pentadbirannya.

MoU ditandatangani Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang dan Pengurus Besar Unimas Holding Sdn Bhd, Dr Abang Ekhsan Abang Othman.

Majlis turut disaksikan Pengerusi Interim Unimas Holding Sdn Bhd Datu Mohd Fadzil Abd Rahman dan Dekan Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Unimas, Amalia Madihie.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru