Trending

Kos hidup mahal di luar bandar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengambil tindakan terhadap dakwaan barangan keperluan yang mahal di kawasan luar bandar.

Menurutnya, kerajaan memperuntukkan lebih RM100 juta setahun untuk menyediakan elaun pengangkutan dan kuota untuk bekalan asas seperti beras, minyak masak, tepung, gula, tong gas dan bahan api di kawasan luar bandar.

Bagaimanapun, semasa lawatannya ke beberapa rumah panjang di pedalaman baru-baru ini, beliau berkata, ramai penduduk mengadu tentang kenaikan harga barangan keperluan tersebut.

Tiong berkata rakyat masih bergelut untuk bertahan kerana pandemik Covid-19, dan kini dengan kos sara hidup yang tinggi, mereka masih bergelut.

“Semua subsidi yang diberikan kerajaan dan mengapa masih ada penduduk rumah panjang yang perlu membayar sehingga dua atau tiga kali lebih banyak untuk pembelian mereka,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Beliau berkata, untuk menyeragamkan harga barangan keperluan di kawasan luar bandar, kerajaan perlu membantu dari segi logistik dan pengangkutan.

“Bagaimanapun, insiden subsidi dan peruntukan berkaitan yang tidak sampai kepada rakyat bukanlah perkara baru.

“Ia (masalah) sentiasa ada sejak saya pertama kali dipilih sebagai wakil rakyat lima penggal yang lalu,” kata Tiong, dan mempersoalkan pihak berkuasa berkaitan jika mereka benar-benar menjalankan tugas mereka.

Malah, beliau juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

“Adakah kawasan luar bandar Sarawak terlalu jauh dari pusat pentadbiran kerajaan, dan dikelilingi oleh gunung-ganang yang tinggi yang tidak dapat dicapai oleh pihak berkuasa yang berkaitan?

“Hakikatnya, aduan telah dibuat berulang kali, menunjukkan bahawa pegawai yang berkenaan tidak mengambil serius perkara ini,” katanya.

DENGAR MASALAH… Datuk Seri Tiong berandau bersama-sama penduduk semasa lawatan ke beberapa rumah panjang di kawasan Sungai Binyo di Bintulu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru