ARTIKEL

Kosong-kosong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ESOK, umat Islam seluruh Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Maka berakhirlah perjuangan sebulan Ramadan.

Syawal tiba sebagai hadiah kepada umat Islam yang berjaya menempuh perjuangan berpuasa sepanjang Ramadan.

Hari gembira penuh makna kepada mereka yang benar-benar bertakwa sepanjang berpuasa sebulan.

Bukan sekadar puasa menahan lapar dan dahaga.

Tibanya Syawal tanda ingatan, bulan memohon keampunan dan kemaafan sesama manusia.

Mulai esok juga, umat Islam akan merendahkan diri memohon kemaafan atas kesilapan yang dilakukan sama ada secara sengaja atau sebaliknya sepanjang tahun lalu.

Perbuatan memohon kemaafan serta memaafkan orang lain merupakan satu amalan yang mulia di sisi syarak. Ini antara adat resam orang Islam ketika menyambut Aidilfitri iaitu dengan saling bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Ucapan paling sering didengar ketika sambutan Aidilfitri adalah maaf zahir dan batin.

Perbuatan memaafkan kesalahan orang lain ini amat dituntut oleh agama Islam.

Malah dijanjikan ganjaran yang begitu besar. Ini dijelaskan dalam Surah Ali-Imran, ayat 134.

“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang.

Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

Begitu juga, sesiapa yang memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan, mereka ini juga dijanjikan syurga oleh Allah di akhirat kelak.

Baca lain  Lepasan SPM perlukan bimbingan

“Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka — dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosadosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

“Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurgasyurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang yang beramal.” (Surah AliImran, ayat 135-136).

Kosong-kosong

“Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin… kosong-kosong.” Ini antara ucapan popular semasa Aidilfitri.

Masing-masing akan menghantar ucapan ini melalui WhatsApp, Telegram, Instgram, Facebook dan banyak lagi. Ia sebagai pengganti kad raya fizikal yang jarang digunakan lagi kini.

Ada pelbagai pendapat tentang ‘kosong-kosong’ ini.

Ada yang mengatakan ia sangat tidak sesuai kerana tidak mempunyai makna — kosong — walaupun pada pemahaman masing-masing telah memaafkan antara satu sama lain.

Ada yang bertanya, dengan hanya meluahkan ungkapan ‘kosongkosong’, adakah kita mendalami makna kosong-kosong itu? Memetik kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Baca lain  Merokok kurangkan stres?

istilah ‘kosong-kosong’ mungkin istilah santai orang zaman sekarang.

Menurutnya, istilah berkenaan harus diterjemah dengan hati yang ikhlas untuk melambangkan betapa kita benar-benar sudah memaafkan segala kesalahan seseorang tanpa meninggalkan sedikit pun parut di dalam hati kita.

Di dalam al-Quran dalam beberapa ayat jelasnya, ada disebut mengenai maaf iaitu disebut faafu wasfahu, makna faafu — hendaklah kamu maafkan manakala wasfahu — buka lembaran baharu umpama sehelai muka surat kosong.

“Jika hanya mulut berkata “kita memaafkan” tetapi di hati masih ada parutnya, itu belum 100 peratus kita memaafkan seseorang. Ini perlu diambil perhatian — jiwa dan hati masih belum bersedia untuk memaafkan,” tegasnya.

Ungkapan ‘kosong-kosong’ dalam konteks bahasa digunakan untuk menyatakan sesuatu yang tidak bererti atau tidak mempunyai nilai.

Dalam konteks Hari Raya Aidilfitri, menggunakan kata ‘kosong-kosong’ untuk meminta maaf boleh dianggap tidak menghargai makna Aidilfitri.

Hari Raya mempunyai nilai agama, budaya, dan sosial yang mendalam, hinggakan penting untuk menghormati dan merayakannya dengan ucapan yang sesuai dan penuh bermakna.

Sebagai ganti, lebih baik menggunakan ucapan yang menyampaikan harapan, kebahagiaan, dan keberkatan secara tulus dan bererti sesuai dengan makna perayaan.

Apa-apa pun, terpulang kepada kita untuk menggunakan ungkapan ‘kosong-kosong’ ataupun tidak.

Baca lain  Kebebasan beradab

Yang penting, kita faham makna sebenar kita mengucapkan ‘kosong-kosong’ ketika memohon kemaafan.

Sebab, ada banyak faktor orang menggunakan ungkapan ‘kosongkosong’ ini ketika memohon kemaafan semasa Aidilfitri.

Pertama, menjadi kebiasaan. Ada yang mungkin sudah terbiasa menggunakan ungkapan itu dalam percakapan seharian.

Hal ini boleh disebabkan pengaruh lingkungan, budaya atau bahasa yang digunakan.

Kedua, ada kemungkinan seseorang itu tidak sepenuhnya memahami atau menghargai makna ‘kosong-kosong’ dengan Hari Raya.

Ini yang menyebabkan penggunaan ungkapan yang dianggap kurang sesuai atau kurang bermakna.

Ketiga, kadang-kadang ada yang mungkin tidak memerhatikan pentingnya tradisi dan normanorma sosial dalam menyampaikan ucapan atau merayakan peristiwa tertentu.

Mereka mungkin kurang sedar akan sensitiviti dan kesopanan dalam penggunaan kata-kata.

Keempat, ada juga mungkin memiliki keterbatasan dalam kosa kata atau cara menyampaikan ucapan, sehingga mereka menggunakan ungkapan yang terbatas atau kurang bermakna.

Meskipun demikian, penting untuk diingat bahawa setiap orang memiliki cara berkomunikasi yang berbeza, termasuk ketika memohon kemaafan.

Namun, penting bagi kita untuk menghormati nilai-nilai dan makna yang terkandung dalam Aidilfitri dengan memberikan ucapan yang sesuai dan penuh makna.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Sik nyaman jangan makan

DI Sarawak selain agama, budaya dan pakaian – makanan merupakan benda paling sensitif jika orang luar menghina. Bukan orang Sarawak tidak menerima kekurangan, tetapi menghina

Selamat pagi cikgu

ADA yang tertekan kerana tinggal bersama-sama pesakit mental, ada yang daif dan ada yang terpaksa bekerja, demi kelangsungan hidup. Pada suatu hari, salah seorang murid

Langkah ke bilik guru

ORANG kata: Kalau nak hidup senang, jadilah guru. Dan kalau mahu pendapatan yang baik diterima setiap hujung bulan, jadilah guru. Sebab itu, ramai ibu bapa

Selamat jalan sahabatku

SIAPAKAH yang dapat menduga bahawa dua rakan karib akan pergi untuk selamalamanya dalam tempoh dua minggu? Itulah yang berlaku kepada saya. Manusia tidak akan dapat

BERITA TERBARU