Trending

KOSPEN sampaikan kesedaran kesihatan kepada komuniti

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Jerip (tengah) menyampaikan kad keahlian KOSPEN kepada Cristina pada program KOSPEN di Dewan Batu Gong Lama, di sini, hari ini.

SIBURAN: Penubuhan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) dalam komuniti setempat amat penting dalam menyampaikan kesedaran kesihatan.

Di samping, masyarakat dibekalkan dengan pengetahuan berhubung penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dan lain-lain.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Jalan dan Udara) Datuk Dr Jerip Susil berkata, penubuhan KOSPEN bertujuan menjadikan komuniti negara masyarakat yang sihat.

Katanya, masyarakat di negara ini saban tahun semakin menua dan akan mendatangkan masalah sekiranya tidak menjaga kesihatan.

“Individu yang tidak sihat akan mendatangkan masalah kepada diri sendiri, keluarga, ekonomi dan perbelanjaan negara untuk rawatan.

“Menerusi KOSPEN, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah bukan sahaja memberi rawatan tetapi untuk mencegah dan mengawal penyakit NCD,” katanya pada perasmian Program KOSPEN di Dewan Batu Gong Lama, di sini, hari ini.

Justeru kata Jerip yang juga Adun Mambong, masyarakat tidak kira di bandar mahupun luar bandar harus mengambil tindakan proaktif dengan menjalankan ujian saringan kesihatan.

Selain itu, katanya, sukarelawan KOSPEN setempat juga memainkan peranan dengan menganjurkan program saringan kesihatan dan program kesedaran kepada komuniti mereka.

Beliau dalam pada itu turut memperuntukkan RM20,000 untuk KOSPEN Kampung Batu Gong Lama dan Kampung Batu Gong Baru untuk menjalankan program kesihatan di kawasan setempat.

Turut hadir Pegawai Daerah Siburan Ranum Bari, wakil Pegawai Kesihatan Bahagian Serian Dr Lim Siong Hee dan Pengerusi KOSPEN Kampung Batu Gong Lama Cristina Penguang.

Jerip menyantuni ahli KOSPEN Kampung Batu Gong di kawasan saringan kesihatan di Dewan Kampung Batu Gong Lama.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru