ARTIKEL

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan

KP Pendidikan: Acara larian rentas desa di sekolah ikut garis panduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GUA MUSANG: Acara larian merentas desa yang dilaksanakan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini mengikut garis panduan sedia ada.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sehubungan itu, tidak timbul isu untuk mengambil tindakan terhadap pentadbir sekolah berkenaan susulan kejadian seorang pelajar rebah dan kemudian meninggal dunia ketika menyertai acara terbabit.

“Ini adalah kemalangan (pelajar rebah kemudian meninggal dunia) dan program (merentas desa) yang dilaksanakan itu adalah anjuran pihak sekolah.

“Setiap acara larian merentas desa ada garis panduan sedia ada dan tidak timbul soal tindakan perlu diambil terhadap pentadbir sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Pendidikan MADANI Sekolah Murid Orang Asli di penempatan Orang Asli Batek di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir, di sini semalam.


Beliau mengulas insiden seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar yang merupakan pesakit jantung berlubang, meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa, Jumaat lepas.

Pelajar berkenaan Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, rebah kira-kira 50 meter sebelum ke garisan penamat bagi acara larian itu kira-kira 9.30 pagi.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)