ARTIKEL

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun

KPD Lahad Datu antara disiasat dalam kes kematian anaknya – Polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAPAR: Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes kematian anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu berusia 14 tahun dipercayai tertembak diri sendiri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka, Selasa lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata siasatan lanjut itu juga turut melibatkan Ketua Polis Daerah tersebut.

“Siasatan ke atasnya dijalankan sebab dia yang memiliki pistol berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali dan Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, di sini hari ini.

Jauteh berkata siasatan juga masih belum dapat membuat sebarang kesimpulan sama ada kes tersebut ada kaitan dengan kecuaian atau sebaliknya.

“Itu yang kita belum dapat buat keputusan. Belum kita dapat keputusan muktamad selagi belum ada laporan penuh hasil siasatan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga belum ada keputusan sama ada Ketua Polis Daerah berkenaan digantung tugas kerana siasatan masih diteruskan.

Mangsa diremui dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu pada 16 April adalah disebabkan tembakan di bahagian dada kanan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah DCP Datuk Shahurinain Jais berkata hasil siasatan mendapati hanya satu das tembakan dilepaskan dalam kejadian itu dan hasil bedah siasat di Hospital Lahad Datu merumuskan tembakan berkenaan terkena pada bahagian dada kanan mangsa.

– Bernama

BERITA LAIN

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

Kanak-kanak lelaki tertusuk besi pagar rumah

MIRI: Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas tangannya tertusuk besi pagar rumah di sini semalam. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA