ARTIKEL

KPDN Bintulu periksa 4,279 premis dengan nilai sitaan RM1 juta 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memeriksa 4,279 buah premis di seluruh bahagian ini, dalam pelbagai operasi sejak 1 Januari 2023 hingga 30 Jun lalu.

Ketua Cawangan KPDN Bintulu,  Al Redzamani Abdul Razak berkata, daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 59 kes telah dihasilkan atas pelbagai kesalahan, dengan nilai sitaan lebih RM 1 juta.

Menurutnya, kompaun membabitkan pelbagai kesalahan juga dikeluarkan antaranya harga mahal, tidak ada tanda harga, penimbang tidak tepat, pelanggaran peraturan halal, barang tiruan dan penyelewengan barangan bersubsidi khususnya bahan api diesel. 

“Semua premis ini diperiksa daripada segi pematuhan undang-undang di bawah KPDN. Kita juga melancarkan Ops Tiris bermula 1 Mac hingga 31 Ogos depan bagi membanteras ketirisan subsidi berdiesel di negara ini.

“Pelaksanaan operasi ini penting bagi memastikan subsidi diesel tidak mengalami ketirisan dan sampai ke pihak yang layak menerimanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sebanyak 19 kes direkodkan dengan nilai rampasan sebanyak RM 1,024,950.10 juta melibatkan penyelewengan diesel bersubsidi di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 di sekitar Bintulu.

Baca lain  Felcra komited selesai isu dividen peserta

Menurutnya, kejayaan itu hasil usaha sama bersama pelbagai agensi terutamanya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang banyak membantu membanteras penyelewengan barangan bersubsidi diesel. 

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyelewengan minyak diesel bersubsidi boleh menyalurkan maklumat ke  WhatsApp 019-279 4317, 019-848 8000. 

“Aduan juga  boleh dikemukakan ke Portal Aduan; e-aduan.kpdn.gov.my iii. Call Centre 1-800-886-800 iv. Emel e-aduan@kpdn.gov.my v. Ez ADU KPDN,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh