Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Mohd Yusof, turun padang membuat tinjauan terhadap peniaga di Farley Supermarket, Batu 6, Jalan Penrissen, Kuching, hari ini.
Ia sekali gus sebagai pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Gawai 2023.
Berdasarkan pemerhatian dilakukan, didapati terdapat beberapa barangan yang dijual lebih rendah daripada harga kawalan dan secara tidak langsung menggambarkan peniaga bersama-sama dengan pihak Kementerian bagi menjayakan Skim ini.