ARTIKEL

Penguat kuasa KPDN Sarawak menjalankan pemeriksaan pada Op Kesan 2024.

KPDN Sarawak pantau harga susulan kenaikan kadar SST

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sebanyak 25 notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak dalam Op Kesan 2024, setakat ini.


Menurut Pejabat KPDN Sarawak, notis tersebut dikeluarkan melibatkan 75 barangan mengikut kategori yang ditetapkan menerusi pemeriksaan 25 premis sejak operasi itu dilancarkan 1 Mac lalu.


Katanya, operasi itu dijalankan bertujuan untuk menangani isu kos sara hidup rakyat khususnya semasa situasi tertentu atau situasi yang dijangka memberi impak peningkatan kadar cukai perkhidmatan dari enam peratus kepada lapan peratus.

Penguat kuasa KPDN Sarawak menjalankan pemeriksaan pada Op Kesan 2024.
Op Kesan 2024: 25 notis NPMB dikeluarkan KPDN Sarawak


“Op Kesan 2024 digerakkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan (AKHAP) 2011.
“Fokus pemantauan dan penguatkuasaan adalah untuk memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Jelasnya, skop penguatkuasaan meliputi sektor yang terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan dan keseluruhan rantaian perkhidmatan yang berkaitan.


Tambahnya, pemantauan dan pemeriksaan termasuk kepada sektor yang tidak terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan seperti makanan dan minuman.


“Peniaga yang didapati mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan akan diambil tindakan tegas di bawah AKHAP 2011,” tegasnya.


Sehubungan itu, KPDN mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat dan bukti berkaitan tentang sebarang tindakan kenaikan harga tidak berwajaran yang dikenal pasti.


Aduan awam boleh dibuat kepada KPDN melalui platform aduan yang berikut WhatsApp 019-848 8000 / 019-279 4317, Portal Aduan; e-aduan.kpdn.gov.my, Call Centre 1-800-886-80, dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan