ARTIKEL

KPDN S’wak sita kapal bawa diesel RM924,500 di Laut Barrange, Sg Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menyita kapal berisi diesel bersubsidi bernilai RM924,500 di kawasan Laut Barrange, Sungai Sarawak yang cuba diselewengkan, semalam.

Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin berkata, 
sitaan itu hasil daripada serahan kes yang dijalankan oleh Pasukan Marin Polis Wilayah 5 pada 10.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan KPDN, minyak diesel dengan anggaran sebanyak 430,000 liter yang bernilai RM924,500 ditemukan, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan terbabit dianggarkan RM5 juta.

“Dua lelaki juga turut ditahan, masing-masing seorang rakyat tempatan dan seorang warga Myanmar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan berjadual dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah melakukan kesalahan. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil