KPDNHEP lancar Ops Catut 8.0 pantau harga minyak masak

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan terhadap barangan keperluan asas termasuk harga minyak masak di pasaran agar tiada pihak mengaut keuntungan yang tidak munasabah.

Pengarah KPDNHEP Sarawak, Datuk Stanley Tan berkata, pihaknya telah menerima aduan berhubung kenaikan harga minyak masak di pasaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Kata Stanley, perkara tersebut perlu diteliti memandangkan ia memberi impak ke atas kos sara hidup pengguna.

“Sehubungan itu, KPDNHEP telah melancarkan Ops Catut 8.0 (TLD-MINYAK MASAK) bermula 9 Jun hingga 17 Jun ini.

“Bermula 9 Jun, sebanyak 28 Notis Pengesahan Maklumat Barangan/Perkhidmatan dan Notis Bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 telah dikeluarkan bagi seluruh Sarawak pada pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan Ops Catut 8.0 2021,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Suara Sarawak