Trending

KPDNHEP Miri kompaun peniaga

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

 

Pegawai KPDNHEP Miri melakukan pemeriksaan barangan keperluan di Pasar Muhibbah Miri.

MIRI: Akibat menaikkan harga ayam, sebuah premis di sini dikenakan kompaun RM500 dibawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Miri, Joe Azmi Jamil berkata, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan dijalankan pegawainya pada 12 hingga 14 Ogos lalu.

“Dalam pemeriksaan harian ini, kita mendapati sebuah premis sengaja menaikkan harga ayam dan telah dikenakan kompoun sebanyak RM500 dibawah AKHAP 2011,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dalam pemeriksaan di Pasar Muhibbah pula, pegawainya telah mengeluarkan dua kompaun atas kesalahan gagal meletakkan label berwarna merah jambu ke atas barangan yang dikawal iaitu telur ayam Gred B dan C.

“Bagi kesalahan ini, kompaun RM400 telah dikeluarkan ke atas peniaga selepas melakukan dua kesalahan dibawah AKHAP 2011.
“Sementara satu lagi kompaun turut dikeluarkan dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 selepas peniaga menjalankan aktiviti jualan murah tanpa kebenaran.

“Atas kesalahan itu juga, KPDNHEP Miri telah menyerahkan kompoun bernilai RM500 terhadap peniaga ini atas kesalahan yang dilakukan,” jellasnya.

Menurutnya jumlah kesemua kompaun yang dikeluarkan dalam operasi itu adalah sebanyak RM1,400.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru