KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak telah mengeluarkan sebanyak 19 Notis Pengesahan Maklumat Barangan ke atas peniaga gajet di negeri ini.
Pengarahnya, Datuk Stanley Tan berkata notis itu dikeluarkan menerusi pemeriksaan yang dijalankan bermula 25 Januari lalu, berikutan peningkatan permintaan gajet di pasaran susulan pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
“Bermula 25 Januari hingga hari ini, 19 notis telah dikeluarkan bagi mendapat maklum balas berkaitan kenaikan harga dan jika terdapat kenaikan, mereka (peniaga) akan diambil tindakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, KPDNHEP Sarawak telah melaksanakan pemeriksaan ke atas premis yang menjual barangan elektronik di seluruh negeri ini bagi memantau dan mengawal kenaikan harga barangan tersebut.
Katanya pemeriksaan menyasarkan kepada lima barangan yang mendapat permintaan tinggi iaitu komputer meja, komputer riba, tablet, mesin pencetak dan telefon bimbit.
“KPDNHEP menasihatkan setiap peniaga untuk tidak mengambil kesempatan pada situasi ketika ini dan mengamalkan etika perniagaan yang jujur.
“Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati peniaga tersebut melakukan kesalahan dengan mengaut keuntungan yang tidak munasabah dalam menjual atau membekalkan barangan tersebut,” katanya.
Stanley menegaskan mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan denda.
Jika orang itu ialah satu pertubuhan perbadanan, denda adalah tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan pertama dan tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan kedua.
Manakala jika orang itu bukan satu pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua serta berikutnya.
Sebarang aduan atau pertanyaan boleh disalurkan kepada KPDNHEP Sarawak melalui portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, Call Centre 1800 886 800, emel e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245 / 6088, talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC), Whatsapp ke 019- 279 4317 atau lapor/hadir ke mana-mana pejabat KPDNHEP.

Jurulatih baharu Sarawak United FC
KUCHING: Presiden Sarawak United FC, Datuk Posa Majais memberi bayangan