ARTIKEL

KPDNHEP sumbang lima mesin ventilator kepada Hospital Kapit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyumbangkan lima buah mesin ventilator (High Flow Nasal Cannula) kepada Hospital Kapit, hari ini.

Sumbangan bernilai RM125,000 itu adalah menerusi peruntukan wakalah agihan zakat korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kapit selaku menteri KPDNHEP Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sempena pelaksanaan Program Bakul Makanan di bawah Inisiatif PEMULIH bagi kawasan Parlimen Kapit.

Menurut Alexander, sumbangan mesin ventilator itu merupakan sebahagian daripada inisiatif SSM dalam usaha memanfaatkan peruntukan wakalah agihan zakat korporat di bawah kategori fisabilillah.

“Mesin ventilator ini akan menjadi alat sokongan kepada pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan untuk mengawal pengaliran oksigen dengan lebih baik dan mudah dikendalikan berbanding alat bantuan pernafasan biasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU