ARTIKEL

KPK sokong cadangan bangunkan pusat penyelidikan di Hutan Simpan Sabal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIMUNJAN: Kementerian Perladangan dan Komoditi menyokong cadangan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) untuk membangunkan pusat penyelidikan di Hutan Simpan Sabal, di sini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, beliau akan mengemukakan cadangan tersebut kepada Kerajaan Persekutuan dan mengesyorkan ia dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

“Saya memberi sokongan kuat kepada perkara tersebut.

“Tetapi, perlu tunggu RMK-13 dan mungkin lakukan bidaan melalui Kementerian ekonomi dan sebagainya,” katanya berucap selepas meninjau Projek Model Ladang Hutan di Hutan Simpan Sabal, di sini hari ini sempena Trek Komoditi Zon Sarawak 2023.

Di samping, Fadillah turut menyokong permohonan dana kepada JHS untuk kesiapsiagaan jabatan itu dalam pengurusan hutan khususnya menangani kebakaran.

Katanya, kementeriannya akan menyediakan peruntukan dalam jumlah yang tertentu berdasarkan permohonan JHS.

“Saya akan bantu dalam apa sahaja cara yang boleh untuk memberikan bantuan segera kepada Jabatan Perhutanan Sarawak khususnya dalam menjaga hutan,” ujarnya.

Sebelum itu, Pengarah JHS Datuk Hamden Mohammad mencadangkan kepada Kementerian Perladangan dan Komiditi mengenai hasrat jabatan itu untuk membangunkan pendigitalan data dan maklumat melalui aplikasi Alat Maklumat Industri Hutan (IFIT).

Jelas Hamden, projek ini akan menjadi satu platform bagi pengurusan data dan maklumat penanaman yang lebih sistematik dan tepat.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU