ARTIKEL

KPKT salur RM60.1 juta melibatkan 360 projek di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ASAJAYA: Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan sebanyak RM60.1 juta melibatkan 360 buah projek di Sarawak tahun ini.

Menterinya, Nga Kor Ming menegaskan peruntukan tersebut merupakan kelulusan tertinggi dalam sejarah oleh KPKT kepada Sarawak berbanding jumlah yang telah diperuntukkan sebelum ini.

“Peruntukan ini merupakan jumlah tertinggi yang disalurkan oleh KPKT kepada Sarawak berbanding tahun 2021 berjumlah RM22.5 juta dan RM34.2 juta pada tahun 2022.

“Kesemua peruntukan yang diumumkan ini merupakan peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) baharu di Asajaya, hari ini.

Menurutnya, KPKT telah meluluskan peruntukan sebanyak RM661,970 kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk kerja-kerja membaik pulih perparitan dan laluan pejalan kaki di lorong belakang di BDC lorong E2, lorong BDC lorong E4, lorong belakang BDC B1 dan BDC lorong A6.

“Hal ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan KPKT kepada MBKS bagi melaksanakan 28 projek pembangunan termasuk projek penggantian lampu LED, naik taraf tandas awam dan kerja-kerja berkaitan adalah sebanyak RM3.53 juta bagi tahun 2023,” dedahnya.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim