ARTIKEL

KPM belum ada perancangan pasang perkhidmatan Starlink bagi sekolah pedalaman di Meluan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) belum mempunyai perancangan untuk memasang perkhidmatan Starlink di sekolah-sekolah pedalaman di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis berkata, ia kerana KPM masih mempunyai kontrak perkhidmatan dengan syarikat telekomunikasi sehingga 30 Jun 2024.

“Untuk jangka panjang, Kementerian Pendidikan Malaysia akan berusaha untuk mendapatkan liputan di Sekolah tersebut,” katanya ketika menjawab soalan ADUN Meluan Rolland Duat Jubin berhubung perancangan bagi memasang Starlink di sekolah pedalaman di kawasan DUN Meluan pada Persidangan DUN Sarawak ke-19, hari ini.

Bagaimanapun kata Francis, prestasi perkhidmatan internet di sekolah pedalaman bagi kawasan Meluan dikategorikan sebagai memuaskan.

Namun katanya perkhidmatan satelit kadangkala menghadapi gangguan ekoran faktor luaran seperti cuaca yang mengganggu perkhidmatan di sekolah berkenaan.

“Pada masa ini, hanya SK Ng Ensiring yang tidak mendapat liputan internet yang memuaskan di kawasan DUN ini.

“Bagi SK Ulu Entabai, SK Ng Ju, SK Ng Maong, SK Ng Ensiring, SK Ng Jambu pada masa ini, capaian internet adalah dengan menggunakan perkhidmatan syarikat telekomunikasi yang telah dilantik,” katanya.

Setakat ini, katanya pihak sekolah boleh menggunakan internet-in-a-box melalui komputer Raspberry Pi yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak.

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais