ARTIKEL

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh. - Foto: Fail BERNAMA

KPM beri jaminan, masalah bebanan tugas, kekurangan guru akan diatasi apabila satu sesi dilaksanakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH, Perak: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bahawa bebanan tugas serta masalah kekurangan guru dapat diatasi apabila sistem satu sesi di semua sekolah seluruh negara dilaksanakan sepenuhnya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata langkah itu penting bagi memastikan golongan guru tidak terbeban dengan sesi pembelajaran apabila membabitkan jumlah pelajar yang ramai.

“Sememangnya hala tuju KPM ialah untuk melaksanakan sekolah satu sesi.

“Sekiranya sekolah terbabit cukup syarat yang mengizinkan sekolah satu sesi akan dilaksanakan, tetapi sekiranya keadaan sekolah terlalu padat, maka dua sesi akan diteruskan,” katanya.

Kah Woh, yang juga Ahli Parlimen Taiping, bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Masuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuh Hua di sini hari ini.

Kah Woh berkata bagi tempoh dua tahun, usaha awal telah digerakkan bagi memenuhi keperluan guru, antaranya pengambilan calon bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM dan pengambilan guru baharu secara kontrak melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Selain itu, penyelesaian jangka masa panjang, khususnya di kawasan bandar, KPM memberi fokus kepada pembinaan sekolah baharu dan tahun ini, 26 sekolah rendah serta menengah baharu akan dibina.

“Setiap kawasan yang memerlukan sekolah, kita akan cuba membina sekolah di kawasan tersebut, dan pada masa sama mengambil masa dalam pelaksanaan sekolah satu sesi itu,” katanya.

Semalam, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM berhasrat mengadakan sistem satu sesi di semua sekolah di seluruh negara, dan tumpuan kini diberikan ke arah itu dalam memastikan usaha berkenaan terlaksana. – BERNAMA

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat