ARTIKEL

KPM: Cuti perayaan sesi 2027 tidak perlu diganti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan Kalendar Akademik Tahun 2027 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

Sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula 4 Januari hingga 2 Disember 2027.

Manakala negeri Kumpulan B termasuk Johor, Melaka, Sarawak dan sembilan lagi negeri serta wilayah persekutuan bersesi dari 4 Januari hingga 3 Disember 2027.

KPM turut menyelaras tarikh cuti perayaan utama termasuk Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Raya Korban, Hari Wesak dan Hari Deepavali yang tidak perlu diganti.

Kementerian turut menetapkan sesi persekolahan 2028 akan dibuka serentak pada 3 Januari bagi kedua-dua kumpulan negeri seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

KPM pantau IPU sebelum tentukan operasi sekolah

KUALA LUMPUR: Status pengoperasian sekolah di seluruh negara ketika jerebu akan ditentukan berdasarkan pemantauan harian bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Guru Juara Moonton berpotensi diperluas ke Sarawak

KUCHING: Program Guru Juara Moonton yang diperkenalkan di Selangor berpotensi diperluas ke negeri ini menerusi kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak. Ketua Penerbitan, Pembangunan

BERITA TERBARU